Abang kepada Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh bakal bertanding menentang parti yang dipimpin adiknya pada PRN Melaka akan datang.
Dr Solehin Saleh diumumkan sebagai calon Parti Bersama bagi DUN Bemban, satu daripada 15 kerusi yang bakal ditandingi parti berkenaan.
Pencalonan itu mencuri perhatian kerana Akmal bukan sahaja Ketua Pemuda UMNO, malah merupakan ADUN Merlimau dan pemimpin berpengaruh UMNO Melaka.
Kini dua beradik tersebut membawa haluan politik berbeza. Akmal kekal bersama UMNO, manakala Solehin memilih Bersama yang diterajui Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad.
Nik Nazmi berkata calon diumumkan lebih awal supaya mereka mempunyai masa mencukupi untuk memperkenalkan diri dan mendekati pengundi.
Sementara itu, Rafizi berkata Bersama hanya perlu memenangi semua 15 kerusi yang ditandingi untuk memperoleh majoriti mudah dan membentuk kerajaan negeri.
Namun, Bersama berdepan tugas berat selepas kesemua 15 calonnya pada PRN Johor lalu tewas serta kehilangan deposit.

No comments:
Post a Comment