Tulisan seorang wanita di laman sosial Facebook yang diikongsi netizen membuat hati kami rasa bersemangat.
Bukan sahaja beliau memberikan sudut pandang peribadi terhadap wakil-wakil rakyat di kawasannya, Saudari Mastura Salleh turut berkongsi pendapatnya tentang harapan menjelang PRU ke-14 yang bakal berlangsung 9 Mei nanti.
Berikut kami perturunkan tulisan beliau. Sepatah pun kami tak ubah.
Beliau adalah Dr. Ong Kian Ming, bekas ahli Parlimen kawasan saya (Parlimen Serdang). Sudah tentu dari Parti Roket.
Saya bermukim di kawasan di mana majoriti penduduk adalah kaum Cina (Dun Balakong). Jadi, adalah sesuatu yang tidak wajar utk meletakkan idealisme perkauman apetah menjadi ultra-melayu bila saya hidup dalam kelompok ini. Jiran saya ade yang namanya Ah Piu, Ah Ping, tokey kedai perabut naik merc, apek yg selalu joging malam, nenek yg selalu jalan slow pegi kedai. Saya taktau pun nama betul diorang tapi itu description saya bila berbual dgn suami.
Ok. Berbalik pada Dr. Ong Kian Ming tadi. Saya kenal mukanya sebagai ahli parlimen dalam majlis-majlis di surau taman. Saban tahun, ketika majlis berbuka puasa & sambutan raya, pasti ada muka dia & YB Eddie. Beliau juga banyak memudahkan urusan bantuan kewangan berkaitan surau taman. Tanpa banyak karenah & birokrasi, pakai whatsapp saja pun boleh jadi kick-off permohonan bantuan.
Ketika kawasan Balakong teruk dengan isu ketiadaan air suatu masa dulu, beliau dengan sabar melayan hentaman2 penduduk dalam whatsapp. Hentaman dari kaum beliau sendiri yg banyak. Selalu bagi respon & update ape hasil tindakan beliau utk atasi masalah penduduk. Pendek kata beliau adalah ahli parlimen yg ‘boleh harap’ lah.
Di acara fun-run 6km Pesta Balakong pun kami pernah berselisih. Dia beratur di belakang saya utk acara tamat larian. Nak ajak selfie tapi malu la pulak (bukan kaki selfie pun)
Jadi, untuk saya melihat dakyah-dakyah yang mengatakan DAP adalah parti anti-Islam yang perlu dibenci adalah susah utk saya terima. Ana tahu… eh, saya tau, banyak edaran kenyataan individu-individu parti itu berkenaan islam yg disebarkan. Ada yang mungkin betul, ada yang pasti salah, ada yg silap faham konteks. Namun bagi saya ia adalah hasil daripada kegagalan umat Islam sendiri yg kerap mempamerkan sisi negatif Islam kepada mereka : keras, tiada karisma, tidak berjiwa besar, suka bergaduh benda remeh2. Sepertimana sesetengah pemimpin parti yang tegas dengan dasar & prinsip perjuangan. Maka, begitu juga DAP yang mewakili kebanyakan kaum mereka teguh dengan dasar sekularisme serta mendokong hak-hak yg digariskan & dijamin oleh Perlembagaan Malaysia. Jadi, apekah solusi terbaik bagi pertembungan dua kaum dan dua dasar langit dan bumi ini? Dua-dua duduk di tanah yang sama ni.
Saya sebagai individu yg duduk di tengah-tengah kaum bukan muslim akan cenderung memilih pemimpin yang boleh menyatukan perbezaan ini. Saya suka pemimpin yang boleh mencabar diri mendepani realiti dakwah dan berusaha menjadikan mereka releven untuk memimpin masyarakat majmuk Malaysia. Bagi yang tidak sudi meneruskan misi ini, tidak mengapa.. tetapi jangan dikecam dan direndahkan pemimpin yang ingin mencuba meluaskan paradigma Islam.
Haluan & cara siyasah kini mungkin berbeza tetapi matlamat Islam itu tetap sama. Cara siapa yang paling tepat & mulia? Allah sahaja yang tahu. Alangkan main bola pun ada pelbagai strategi dan formasi, tujuannya utk? Gol dan MENANG. Apetah lagi berpolitik untuk memimpin negara.
Saya bersetuju dengan pandangan seorang tokoh politik (tak ingat nama-tgk video temuramah), DAP telah hilang banyak sikap ultra-chinese sejak bersama PAS ketika di dalam Pakatan Rakyat dahulu. Mereka juga banyak cuba menyempurnakan hak orang melayu islam ketika memimpin Pulau Pinang (berdasarkan fakta belanjawan negeri). Mereka berpeluang utk belajar memimpin pelbagai kaum & agama. PAS wajar mendapat kredit atas usaha ini. Terima kasih. Perjalanan dakwah masih jauh dan pemimpin Amanah kini menggalas tugas yang ditinggalkan kepada mereka.
Besar harapan saya untuk melihat perubahan kepimpinan Malaysia menerusi PRU kali ini :-
- Barisan Nasional pula belajar menjadi pembangkang sebagai sesi muhasabah atas puluhan tahun memerintah dengan cara yang anda semua maklum.
- Malaysia dipimpin oleh pemimpin yang berintegriti, berpandangan jauh dan mampu membawa Islam di dalam ruang lingkup yg harmoni dan saling menghormati. Terlalu banyak kerosakan persepsi yang berlaku sepanjang tempoh sebelum PRU kali ini dan semua ini perlu diperbaiki.
- Menghapuskan idea perkauman yang sentiasa membarah dlm masyarakat. Asal nak pilihanraya, idea ni disemarakkan merata-rata. Saya tidak mahu generasi muda akan datang hidup dengan ideologi yang sempit ini.
Sekian dari saya,
RAKYAT BALAKONG
(Mengundi di Kajang)