11A ..ADAKAH MEREKA BUKAN ASET KEPADA NEGARA INI?

P1000292Pengerusi HRP Negeri Sembilan S.Siva dan rombongannya ziarah seorang pelajar cemerlang yang memperoleh 11A dalam Sijil Pelajaran Malaysia telah dinafikan peluang untuk menyambung Pelajarannya dalam bidang yang dicita- sitakannya sejak kecil lagi; iaitu bidang perubatan. Walaupun Negara kita kini kekurangan pakar perubatan, kerajaan memilih untuk tidak membenarkan Pelajar Cemerlang dari kalangan masyarakat India untuk mengambil bidang ini.
Gomalah a/p Ganeswaran yang berasal dari Bandar Seremban Selatan, 7km dari Bandar Seremban, berkata kegembiraan beliau yang ada pada waktu beliau mengambil keputusan SPM kini sudah hancur kecai dan sudah menjadi sesuatu yang mendukacitakan apabila mengetahui bahawa pelajar Melayu lain dari sekolah beliau yang mendapat 4 atau 5 A sahaja telah diberi peluang untuk belajar di Kolej – kolej Matrikulasi di serata Negara. P1000301





Gomalah juga dengan sedih memberitahu bahawa semua kawannya yang dari masyarakat India mengalami nasib yang sama dengan beliau, iaitu diminta untuk belajar di Tingakatan 6, yang mana peperiksaannya dikatakan ketiga tersusah di dunia. Beliau ternyata gelisah dan resah dengan masa hadapannya kerana, selepas keluar STPM, dia masih kena bersaing dengan pelajar Melayu yang lain dari Matrikulasi yang mana peperiksaannya jauh lebih senang.


RAMAI JUGA PELAJAR MELAYU DI BIDANG AGAMA YANG DINAFIKAN TEMPAT BELAJAR.NAMUN MENGUTIP DERMA DARI ORANG RAMAI SEBAGAIMANA YANG DILAKUKAN SELAMA INI.PELAJAR AGAMA TIDAK DAPAT BELAJAR UNTUK JURUSAN YANG DIMINTA.TERPAKSA JUGA BELAJAR DI INDONESIA DAN DI MESIR DENGAN BANTUAN ORANG RAMAI DAN KEBAJIKAN DARI PUSAT URUS ZAKAT,ITU PUN SETELAH BANTUAN TERSEBUT DIDAHULUKAN.NEGARA INI MEMANG KAYA RAYA,JIKA DIURUSKAN DENGAN BAIK, BANYAK PELUANG BELAJAR,PERUMAHAN,DAN LAIN-LAIN TEMPAT UNTUK BELAJAR ANAK CUCU KITA DI KEMUDIAN HARI.NAMUN JIKA 100 BILLION USD DAN 200 BILLION USD TELAH HILANG DAN BETAPA BANYAK KETIRISAN YANG TERPAKSA DILALUI,MAKA INI BUKAN SESUATU YANG MUDAH UNTUK RAKYAT MALAYSIA.HANYA UNDI UNTUK MENUKAR SISTEM PEMERINTAHAHN SAHAJA MAMPU KITA CUBA DAN LAKUKAN.JIKA KITA PUNYA KEMAHUAN DAN RAKYAT YAKIN DENGAN JANJI DARI PAKATAN RAKYAT.