KITA TIDAK MEMERLUKAN DUIT JUDI.UMAT ISLAM TIDAK MAHU DUIT JUDI.KITA TENTANG SEHINGGA JUDI DI HAPUSKAN.

Judi: Rasuah kebajikan RM525 juta hina rakyat
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 7 Jun: PAS menganggap sumbangan hasil judi bernilai RM525 juta yang diberikan oleh Tan Sri Vincent Tan bagi tujuan kebajikan melalui Yayasan Better Malaysia Foundation adalah satu rasuah dan penghinaan kepada rakyat yang menentang kelulusan judi bola, baru-baru ini.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad (gambar) berkata, sumbangan itu diberikan dengan harapan rakyat menutup mulut mereka daripada menentang kelulusan judi bola yang diberikan kerajaan kepada syarikat Vincent Tan.

PAS, katanya melihat bahawa beliau cuba mempermain-mainkan tuntutan rakyat yang mahu lesen judi ditarik balik.

“Sumbangan beliau ini adalah datang dari sumber yang haram dan sesuatu yang haram tidak boleh digunakan untuk melakukan perkara kebaikan kerana ia diperolehi melalui penindasan kepada orang lain,” tegasnya dalam satu kenyataan.

Katanya, kaki-kaki judi di negara ini bertambah setiap tahun berikutan pertambahan pusat-pusat judi dan jenis lesen judi yang diluluskan kerajaan.

Ini, ujarnya menyebabkan masalah sosial, beban hutang, kemiskinan, keruntuhan keluarga dan masyarakat akibat gejala judi adalah antara sumbangan lain Vincent Tan kepada masyarakat yang tidak diceritakan oleh media.

“PAS berharap agar kerajaan serius menangani masalah masyarakat ini dan menarik balik kelulusan judi yang diberikan,” ujarnya.

No comments: