ADUN PERMATANG PASIR SAMPAIKAN BANTUAN BASIKAL KEPADA MURID SEKOLAH


ADUN PERMATANG PASIR SAMPAIKAN BANTUAN BASIKAL KEPADA MURID SEKOLAH



PERMATANG PAUH – ADUN PAS Permatang Pasir YB Salleh Man baru-baru ini telah menyampaikan sumbangan kepada Dua beradik, iaitu Nor Hamsah Nordin,15, dan Nor Liyana Nordin,14, kerana mereka terpaksa berjalan kaki selam 45 minit dari rumah mereka yang terletak di pekan Permatang Pauh ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sama Gagah kerana berasal dari keluarga susah dan tidak berkemampuan.


Namun kesusahan yang dialami kedua pelajar ini mendapat perhatian daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir, Mohd Salleh Man yang prihatin dengan memberi sumbangan berupa dua basikal untuk dua anak En Nordin.

Menurut YB Salleh Man , sumbangan diberikan memandangkan kedua-dua beradik itu amat memerlukan kederaan untuk memudahkan mereka ke sekolah bagi menimba ilmu.


“Saya berharap agar sumbangan yang diberikan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh mereka seterusnya membolehkan mereka untuk belajar dalam keadaan yang lebih selesa dan mungkin dengan sedikit bantuan ini dapat dimanfatkan mereka dan kemungkinan juga mereka boleh berjaya disuatu hari nanti” demikian jelas YB Sallehman.


Namun begitu, mereka tidak pernah merungut, sebaliknya bersyukur kerana mereka masih dapat ke sekolah untuk menima ilmu.

Nor Hamsah yang merupakan anak sulung dari empat beradik itu berkata, dia dan adiknya akan keluar dari rumah seawal jam 6.45 pagi agar mereka tidak terlewat sampai ke sekolah.

“Saya tidak kisah untuk berjalan kaki ke sekolah walaupun tahu akan risikonya kerana tidak mahu menyusahkan ayah. Lagipun, kami berdua sudah biasa begini dari dulu lagi dan sumbangan ini amat berharga bagi kami.”. demikian jelas adik Nor Hashimah.

Bapa mereka En Nordin Said,50, berkata,beliau merasa terhutang budi kerana wakil rakyat PAS prihatin walau ada sesetengahnya berkata sumbangan ini kecil sahaja.Namun bagi saya sumbangan ini besar buat anak saya, dan saya ucapkan terima kasih diatas sumbangan basikal ini.