Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan kerja lima hari bermula esok (15 Januari) ke United Kingdom (UK), rakan dagang ketiga terbesar Malaysia di Eropah, sebaik sahaja menamatkan lawatan kerja di Emiriah Arab Bersatu pada hari ini (14 Januari).
Antara lokasi menarik di London termasuklah Big Ben, Jambatan London dan detik-detik pertukaran pengawal di Istana Buckingham setiap Isnin, Rabu, Jumaat dan Ahad yang menjadi ikon kotaraya utama di benua Eropah itu.
Lawatan sulung Anwar ke UK dan sebagai Pengerusi ASEAN 2025 adalah atas jemputan rakan sejawatnya Keir Starmer setelah menjadi Perdana Menteri pada Julai tahun lalu.
#MalaysiaMADANI
#MyASEAN2025
🇲🇾 🤝 🇬🇧