MP Shah Alam terima 2 kontena lampin pakai buang

 


Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abd Samad berjaya mendapatkan dua kontena lampin pakai buang yang sangat diperlukan oleh bayi dan kanak-kanak yang terperangkap dalam banjir di Selangor.

Dua kontena yang berisi drypers itu tiba semalam di mana Khalid sendiri menerimanya dan seterusnya menghantar segera kepada mangsa banjir terutamanya di Shah Alam.

“2 kontena Drypers pelbagai saiz untuk diagihkan kepada mangsa banjir.

“Terima kasih kepada penyumbang. Kami mengalu-alukan sumbangan anda bagi membantu mangsa banjir. Allahumma yassir wala tu’assir,” kata beliau menerusi facebook beliau.

Menurut Khalid, bagi mereka yang ingin menyumbang bolehlah terus ke: Bank Muamalat Malaysia Berhad: Pusat Khidmat Masyarakat P108 No. Akaun: 120 3000 2939 719.

Lampin pakai buang adalah antara keperluan utama mangsa banjir selepas rumah mereka ditenggelami air dan bayi serta anak-anak kecil mereka basah kehujanan dan terkena banjir.

Mereka pula tidak dapat bergerak ke kedai ekoran kenderaan mereka yang rosak dan ditenggelami air.

Kebanyakan kedai di kawasan terlibat banjir juga terpaksa ditutup selepas ditenggelami air.


No comments: