PEJA . SILA GUNA FUNGSI OTAK

 



Sebelum ada Sanusi, Peja memang diiktiraf sebagai badut politik nombor satu. Tapi semenjak populariti Sanusi meningkat, Peja telah kehilangan takhta.


Jadi untuk buat comeback, Peja perlu melontarkan lawak lawak tak masuk akal. Antaranya, dia kata DS Anwar boleh jadi giant killer hanya sekali.


Yang lawaknya, dia kata DS Anwar giant killer sebab kalahkan dia di Tambun. Maknanya dialah si giant tu. Tak lawak ke bila badut mengaku giant?


Dan berita ini, dengan nada menyindir, dia persoal kalau dakwa bekas menteri boleh ke turunkan harga barang? Rupanya jarang dia pakai otak.


Kenapa tak boleh pulak? Aku ambil contoh paling mudah - minyak masak. Harga minyak masak naik sebab minyak bersubsidi disorok dan diseludup.


Akhirnya yang sorok tu ditangkap. Anak menteri PN rupanya. Patutlah senang-senang dia dapat sorok. Tapi lepas dari itu, harga minyak masak kan turun.


Dakwa bekas-bekas menteri yang rasuah ini bukan saja selesaikan kes rasuah, malah membuka lebih banyak pekong yang lama disembunyikan.


Bila pekong ini terbuka, contohnya Jana Wibawa, penjahat dilonggokkan dalam penjara, maka dana negara akan selamat dan dapat disalurkan kepada rakyat. Bukankah itu menguntungkan rakyat?


Syukurlah PN tak berjaya bentuk kerajaan. Kalau tak memang perasuah akan terus rasuah, rakyat pula akan terus susah tapi pemimpin PN terus mewah.


Apa yang dikatakan oleh Peja adalah bukti integriti tak wujud dalam kamus PN. Maka sahlah mereka nak kuasa hanya untuk kumpul harta. Guane boh?


 

Raja Gelap 

.