Tuesday, June 29, 2010

HAPUSKAN JUDI..

GMJ: Dakwaan Vincent Tan bagaikan meludah ke langit

June 29, 2010

KUALA LUMPUR, 29 Jun — Tan Sri Vincent Tan yang dikatakan mendakwa usaha mereka mendapatkan semula lesen aktiviti pertaruahn sukan gagal, antara lain kerana protes Pakatan Rakyat, diminta tidak menyalahkan pihak lain sebaliknya mencari sumber bisnes alternatif dengan mengambil kira persekitaran sosioekonomi semasa.

Nasihat ini diberikan oleh Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ), badan yang dianggotai 40 pertubuhan bukan kerajaan dan sayap komponen Pakatan Rakyat.

Setiausaha GMJ Suhaizan Kaiat berkata, mengambil kira pandangan pengerusi Kumpulan Berjaya itu, kewujudan bookie haram dalam negara adalah berpunca daripada penguatkuasaan lemah dan permintaan judi yang memberangsangkan.

“Permintaan yang tinggi terhadap judi adalah datangnya daripada rangsangan syarikat-syarikat judi itu sendiri.

“Syarikat judi yang diberi lesen oleh kerajaan yang telah memberi peluang kepada rakyat berjudi dan menyebabkan mereka ketagih judi,” kata beliau.

Beliau yang juga Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS berkata jika negara ini bersih daripada judi, penguatkuasaan undang-undang yang ketat dan rakyat terdidik membenci judi maka tiadalah permintaan terhadap judi seterusnya bookie haram tidak akan wujud dalam negara.

“Ini bermaksud salah satu punca kehadiran bookie haram itu sendiri berpunca daripada aktiviti judi yang dihalalkan oleh kerajaan.

“Oleh kerana syarikat Berjaya mempunyai pelaburan judi yang besar maka tuduhan Tan Sri Vincent Tan itu bagaikan meludah ke langit,” kata beliau.

Suhaizan menambah Tan harus melihat kehendak rakyat khususnya anak muda Malaysia sudah berubah sekarang.

Grab a Celcom Blue Bear(TM) and stand to walk away with RM10,000!

“Mereka mahu melihat negara ini bebas daripada nilai-nilai yang tidak sihat. Anak muda Malaysia menolak rasuah, salah guna kuasa, pembaziran, perjudian dan lain-lain lagi.

“Oleh itu pelaburan syarikat Berjaya dalam perjudian sudah tidak sesuai di Malaysia pada masa kini dan akan datang.

“Tan Sri Vincent Tan perlu mencari pelaburan lain di negara ini yang boleh memacu negara ini menjadi sebuah negara yang maju, aman dan damai,” katanya lagi.

Sehubungan itu kata beliau, GMJ akan meneruskan kempen tahap kedua iaitu Kempen Tak Nak Judi ke seluruh negara bagi mendesak kerajaan mendidik masyarakat membenci judi, memperketatkan penguatkuasaan undang-undang judi, mengurangkan lesen judi dan melancarkan Kempen Tak Nak Judi, Sabtu ini.

Suhaizan mengulas laporan The Malaysian Insider semalam yang memetik penganalsis aktiviti pertaruhan sukan berkata, Tan mendakwa bookie haram membiayai kempen untuk menggagalkan rancangan Kumpulan Berjaya daripada memperoleh lesen pertaruhan sukan, dan kini menunggu masa yang sesuai untuk menghidupkan usaha itu.

Pengerusi Kumpulan Berjaya ini juga mendakwa Pakatan Rakyat wajar dipersalahkan atas keputusan pentadbrian Najib menarik balik keputusan mengeluarkan lesen minggu lalu.

Tan mendakwa bookie haram telah membelanjakan antara RM100 hingga RM300 juta untuk menjejaskan usaha memperkenalkan perjudian sukan di negara ini.

Tan dipercayai mengatakan perkara ini ketika majlis makan tengah hari bersama kira-kira 40 penganalisis pertaruhan di ibu negara.

Sebelum ini Kumpulan Berjaya menyatakan bahawa kerajaan telah mengeluarkan semula lesen bagi membolehkan Ascot Sports Sdn Bhd milik Tan selepas lesen asal telah dibatalkan oleh kepimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Jumaat lalu, kerajaan mengambil keputusan untuk tidak mengeluarkan lesen pertaruhan sukan kepada Ascot Sports.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata keputusan itu dibuat setelah mengambil kira pandangan pelbagai pihak yang jelas menunjukkan bahawa sebahagian besarnya tidak bersetuju lesen itu dikeluarkan.

Najib yang juga Presiden Umno berkata keputusan itu dipersetujui dengan sebulat suara oleh anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno yang bermesyuarat Jumaat lalu.

No comments:

Blog Archive

My Blog List

Followers