PH dihukum haram?


Mohd Hafizi


Hari ini dalil dan fatwa dikeluarkan oleh ulamak  Presiden PAS Abdul Hadi Awang dan mengisytiharkan gabungan PH sebagai haram. 


Allah SWT di dalam al-Quran al-Karim berfirman bermaksud: "Terangkan kepada-Ku wahai Muhammad tentang orang yang menjadikan hawa nafsu sebagai tuhannya. Maka apakah kamu dapat menjadi pemelihara ke atasnya. Ataupun apakah kamu mengira bahawa kebanyakan mereka itu mendengar ataupun memahami padahal mereka itu tidak lain hanyalah seperti binatang ternak bahkan mereka lebih sesat jalannya." (Al-Furqan: 43-44)


Firman-Nya: "Maka jangan kamu mengikuti hawa nafsu untuk menyimpang daripada kebenaran. Dan apabila kamu memutarbelitkan kata-kata ataupun enggan menjadi saksi, maka sesungguhnya Allah maha mengetahui segala apa yang kamu kerjakan." (Al-Nisa': 135) 


Firman-Nya: "Wahai Daud, sesungguhnya Kami jadikan kamu penguasa di muka bumi, maka berilah keputusan di antara manusia dengan adil dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu kerana ia menyesatkan kamu daripada jalan Allah." (Shad: 26) 


Firman-Nya lagi: "…Dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu orang-orang yang telah sesat dahulu dan mereka telah menyesatkan kebanyakan manusia dan mereka tersesat daripada jalan yang lurus." (Al-Maidah: 77) 


Imam al-Nawawi sekali lagi di dalam al-Majmu' Syarh al-Muhadzab m/s 46 juz 1 menegaskan: "Haram hukumnya bertindak semberono dalam memberikan fatwa. Dan haram pula bagi mereka yang meminta fatwa daripada orang yang bersikap semberono itu."


Kesimpulannya, ayat-ayat di atas menjelaskan kepada kita bahawa sikap mendustakan kebenaran dan mengikuti hawa nafsu serakah adalah perbuatan yang dicela oleh Allah SWT. Ia bukan sahaja wujud dalam kalangan ahli kitab atau generasi musyrikin terdahulu, tetapi penyakit ini juga turut menghinggapi segelintir agamawan dan umat Islam pada hari ini. Iaitu penyakit cintakan dunia dan takutkan kematian.