APA PUNYA PEMIMPIN ...PELABUR LARI BAWA HABIS BILLION BILLION...HANGPA DOK NGANGA LAGI ...

 


Kejatuhan teruk FDI: Azmin perlu tampil bagi penjelasan pada rakyat, jangan buat senyap je

Kejatuhan teruk FDI: Azmin perlu tampil bagi penjelasan pada rakyat, jangan buat senyap je

Pemuda Umno menggesa Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Mohamed Azmin Ali, tampil menjelaskan tindakan segera yang diambil kerajaan bagi menangani kejatuhan terus pelaburan langsung asing (FDI) negara.

Kata ketuanya, Asyraf Wajdi Dusuki, berdasarkan laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perdagangan dan Pembangunan (UNCTAD) yang diterbitkan 24 Jan, FDI Malaysia merosot sehingga 68 peratus – jauh teruk berbanding negara negara lain Asean yang disebut dalam laporan itu.

Dalam laporan itu, FDI Malaysia ialah sebanyak AS$2.5 bilion berbanding negara Singapura (AS$58 bilion – jatuh 37 peratus), Indonesia (AS$18 bilion – jatuh 24 peratus), Vietnam (AS$14 bilion – jatuh 10 peratus), Thailand (AS$11.4 billion – jatuh 50 peratus), dan Filipina (AS$6.4 bilion – naik 29 peratus).

“Amat menyedihkan lagi mengecewakan, Malaysia yang satu ketika dulu sentiasa berada pada kedudukan teratas dan dikenali sebagai destinasi mesra dan tumpuan utama pelabur asing, kini berkedudukan tercorot,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kata Asyraf, keyakinan pelabur masih belum pulih setelah berlakunya perubahan kerajaan – daripada BN kepada PH – pada 2018, iaitu melalui pilihan raya umum (PRU) ke-14.

Untuk rekod, kerajaan sekali lagi bertukar tahun lalu, apabila kerajaan PH tumbang bukan menerusi pilihan raya, dan pentadbiran diambil alih Perikatan Nasional (PN) yang turut disokong Umno.

Terjejasnya kepercayaan dan keyakinan pelabur itu, kata Asyraf, disebabkan tiada dasar jelas oleh kerajaan, selain faktor risiko politik dan risiko kedaulatan (sovereign risk) – yang digambarkan menerusi perubahan kontrak yang telah termeterai apabila kerajaan bertukar.

Antaranya, kata Asyraf, penamatan projek yang dibuat selepas BN tumbang seperti projek Laluan Kereta Api Pantai Timur (ECRL), projek kereta api berkelajuan tinggi (HSR), projek Saluran Paip Pelbagai Produk (MPP) dari Melaka ke Kedah, projek Saluran Paip Gas Trans-Sabah (TSGP) dari Kimanis ke Sandakan dan Tawau.

Turut disebut Asyraf ialah pembatalan projek-projek infrastruktur di Sarawak bagi menghubungkan kawasan terpencil seperti projek-projek jambatan.

Faktor-faktor itu, kata Asyraf, mempengaruhi persepsi dan sentimen pelabur luar negara ke atas Malaysia hingga menjunamkan nilai FDI.

Hal itu, tambahnya, meningkatkan kadar pengangguran dan pembuangan kerja apabila banyak syarikat dan kilang ditutup atau berpindah ke negara jiran.

“Justeru, Pemuda Umno Malaysia meminta Azmin selaku menteri kanan ekonomi merangkap menteri perdagangan antarabangsa dan industri untuk segera tampil memperjejaskan kepada rakyat tindakan segera kerajaan untuk menangani kejatuhan teruk FDI ke dalam negara,” katanya lagi.

Untuk rekod, ada antara projek yang disebut Asyraf itu baru sahaja ditamatkan setelah ditangguhkan ekoran pertukaran kerajaan pada 2018.

Contohnya, perjanjian HSR yang ditandatangani 2016 tetapi pembinaannya ditangguhkan pada 2018 bagi memberi ruang perbincangan antara Malaysia dan Singapura.

Ia akhirnya ditamatkan pada awal tahun ini oleh kerajaan PN.



1 comment:

Anonymous said...

Pemuda PKR, Amanah, DAP cukup cukupla goyang telur...! Torlobeh titun..!

(function() { var d = document, w = window; w

Kisah ramalan keputusan PRU

Saifuddin Nasution Hari ini temujanji saya dengan KP ROS di putrajaya. Sambil menunggu di ruang tamu sy membaca akhbar BH yg memuat laporan ...