BUKAN JUAL YA AIR JAMPI ...

 


Pesakit Covid di pusat kuarantin dibekal ‘air jampi’

Pesakit Covid di pusat kuarantin dibekal ‘air jampi’

Persatuan Perubatan Islam Darussalam Cawangan Kelantan menghantar 10 kotak air ruqyah 1.5 liter untuk kegunaan 60 pesakit positif Covid-19 yang dikuarantin di Dewan Jubli Perak MPKB.

Persatuan terbabit yang diketuai Ustaz Ibrahim Saad menyediakan air tersebut bagi membantu merawat pesakit Covid-19 yang dikuarantin.

Adun Guchil, Hilmi Abdullah berkata, air tersebut dihantar petang semalam atas permintaan pegawai Jabatan Kesihatan sebagai ikhtiar rawatan secara Islam bagi menyembuh pesakit Covid-19.

“Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan bersama-sama beberapa perawat dari Persatuan Perubatan Islam Darussalam turut berusaha menggunakan kaedah syifa’ sebagai ikhtiar kesembuhan mengikut perawatan secara Islam.

“Insya-Allah semoga semua pesakit yang diberi ujian banyak bersabar dan tingkatkan amalan zikir serta kerap berdoa agar penyakit Covid-19 diangkat daripada mereka semua oleh Allah SWT,” katanya di sini.



No comments:

(function() { var d = document, w = window; w

MALU APA BOSSKU : Najib 'tok dalang' SRC, Darurat ada udang sebalik batu, SKMM perlu tegas...