APA PUNYA NEGARA ...PENYAMUN PUNYA BANYAK...MALU LA KE BANGSA LAIN KELILING NEGARA KITA...CINA SINGAPORE PUN TAK MAKAN RASUAH WOIIII

 Indeks rasuah Malaysia merosot 2 mata, ketinggalan belakang Mauritius dan Arab Saudi

Indeks rasuah Malaysia merosot 2 mata, ketinggalan belakang Mauritius dan Arab Saudi

Skor Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Transparency International tahun lalu merosot dua mata, perbezaan ketara berbanding peningkatan yang dilihat selepas pilihan raya umum ke-14.

Malaysia mendapat 51 daripada 100 dalam laporan terbaru. Pada 2019, ia mencapai skor 53, peningkatan ketara daripada 47 sebelum pilihan raya umum 2018 – yang terendah sejak metodologi itu disemak semula pada 2012.

Dengan penurunan skor terbaru itu, Malaysia kini di tangga ke-57 di seluruh dunia, daripada tangga ke-51 sebelum ini, ketinggalan di belakang Arab Saudi, Mauritius dan Itali.

Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Muhammad Mohan ketika menyampaikan CPI 2020 berkata, walaupun penurunan dua mata itu “tidak signifikan dari segi statistik” akibat margin kesilapan 1.6%, hasilnya tidak boleh diketepikan.

“Apabila anda melihat trend menurun, ini adalah sesuatu yang perlu dibimbangkan dan ditangani,” katanya.

Beliau mengesyorkan pelbagai tindakan yang boleh diambil untuk mencegah penurunan skor lebih lanjut, seperti mengecilkan skop Akta Rahsia Rasmi (OSA) untuk mengecualikan maklumat dalam pengetahuan masyarakat, dan ketelusan dalam pelaksanaan Pelan Anti-rasuah Nasional (NACP).

Katanya, ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) harus dilantik Parlimen, Akta Kesalahan Pilihan Raya harus merangkumi sekatan terhadap rasuah, dan ahli politik yang didapati bersalah melakukan rasuah perlu dipaksa mengosongkan kerusi mereka.

“Trajektori yang kita ambil sangat membimbangkan, dan satu-satunya cara untuk melantun dan mara adalah pembaharuan institusi,” katanya yang mendapati ia menjadi perlahan sejak kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Bagaimanapun katanya, ada beberapa faktor positif yang perlu diperhatikan, termasuk Perikatan Nasional (PN) tidak memansuhkan NACP daripada pentadbiran PH, dan penguatkuasaan liabiliti korporat (Seksyen 17A) Akta SPRM.

“Kami juga melihat kerajaan baru tidak campur tangan dalam kes mahkamah berprofil tinggi, termasuk yang melibatkan ahli politik.”

CPI itu dibangunkan dengan menyatukan skor sehingga 13 sumber bebas seperti Indeks Transformasi Bertelsmann dan Tinjauan Pendapat Eksekutif Forum Ekonomi Dunia.

Muhammad berkata, indeks tahun lalu tidak mengambil kira persepsi awam atau rasuah sektor swasta, dan hanya mengukur rasuah sektor awam serta kesannya terhadap pendapat komuniti perniagaan dan pakar.

Singapura mendahului Asia Tenggara dan di kedudukan ketiga seluruh dunia dengan skor 85. Malaysia di tempat ketiga selepas Brunei yang mendapat skor 60. 



No comments: