oleh sakmongkol
Zaman dahulu,
ahli nujum, tok bomoh, dukun, pawang, shaman dsb nya belah perut ayam dan biarkan
isi perut ayam terburai keatas tanah. Si ahli nujum akan membaca dan mentafsir pattern yang terbentuk dari chicken entrails. Dia akan umumkan
samada tahun depan baik atau tidak, bagus untuk ternakan dan tanaman dan
mentafsir isyarat2 dari Tuhan atau tuhan2. Mereka lah yang mendefinisikan sama
ada tuhan2 memberkati sesuatu. Di tempat2 lain, ahli nujum membaca bentuk
uratan pada dedaun teh.
Di Malaysia
bencana alam diterjemah dan ditafsir sebagai mengajar dan menunjuk sesuatu. Banjir
dinegeri Kelantan misalnya di katakan sebagai petanda Tuhan marah sebab tidak
cukup Islam dilaksanakan. Jika begitu, di negeri2 yang kurang banjir dan musibah, bererti lebih
Islam telah dilakanakan walaupun diketuai oleh bukan Islam dan kurang Islam
mereka.
Apatah lagi jika
tafsiran itu dilakukan oleh seorang yang bergelar ustaz, walaupun dari sudut pengalaman
serta ilmu, tidaklah begitu matang perkara2 ini pada dirinya. Banjir yang besar
itu juga dilihat sebagai tanda dan petunjuk Tuhan membersihkan Kelantan sebelum
hudud dilaksanakan. Orang2 UMNO pula berkata ini petanda orang Melayu dan Islam
mesti bersatu demi Islam dan bangsa Melayu.
Tapi, kalau
orang lain tafsir dengan cara lain bagaimana? Bagaimana jika ada orang tafsir
bahawa banjir ini petunjuk bahawa Allah marah serta murka kerana pemimpin
Kelantan pandai2 hendak memain peranan sebagai Tuhan didunia? Bagaimana jika
ditafsir sebagai petunjuk dan pendedahan bahawa kerajaan Kelantan dibawah pimpinan
ustaz2 sangat lemah dan hanya tahu berzikir dan berdoa? Tapi keadaan tidak juga
menjadi baik?
Bagaimana jika
orang mentafsir nya sebagai petunjuk supaya jangan percaya dan berkerjasama
dengan UMNO kerana mereka telah menujukkan hipokrasi mereka? Bahawa mereka
menghulurkan bantuan tapi ada udang disebalik batu atau bahawa pertolongan dan bantuan
datang dengan harga yang tinggi yang perlu dibayar? Bagaimana jika banjir dan
malapetaka tersebut adalah pengajaran bahawa kerajaan Kelantan mesti berbaik
sangka dengan bukan Melayu dan bukan Islam yang datang secara sukarela
menghantar bantuan dan menolong? Bagaimana jika malapetaka dan bencana banjir
ini dibaca sebagai petanda bahawa yang kita mesti ujudkan bukan perpaduan
antara Melayu sahaja tapi perpaduan semua bangsa Malaysia yang berbilang agama
dan budaya?
Bagaimana jika
orang mengatakan banjir besar kali ini diturunkan oleh Allah sebagai bala
kerana orang Melayu yang beragama Islam tidak bangkit menentang kerajaan yang
zalim dan bahawa gerakan kebangkitan ini diletak sebagai tanggungjawab pemimpin
Kelantan yang beroperasi atas prinsip Islam? Kamu kata kamu lebih Islam dari
yang lain- maka mulai sekarang, selepas diajar oleh petunjuk banjir besar-
jadilah pemimpin untuk menukar kerajaan yang zalim. Yang telah sekat bayaran royalti, yang
mendiskriminasi negeri Kelantan dan menzalimi Kelantan dalam pelbagai bentuk?
Dalam Al Quran
Allah menceritakan bagaimana bani Israel telah diturunkan laknat dan musibah
kerana mereka durhaka dan engkar bangkit dan bangun menentang kerajaan yang
zalim dan kerana memilih untuk duduk diam tidak mahu bangkit apabila kerajaan
dan pemerintah zalim, menindas rakyat, rasuah dan curi harta benda rakyat? Quran
5:78-80.
Bagaimana jika musibah dan bencana banjir kerana kita
semua terutama orang Muslim berkelakuan seperti ynag diceritakan dalam ayat2
tersebut?
Maka, jangan
kita jadikan bencana dan musibah untuk syarat bersatu padu. Jika demikian, mari
kita doakan supaya lebih banyak bencana dan musibah melanda negara ini supaya
orang Melayu bersatu padu?
Jangan kita
jadikan musibah dan bencana serta kesusahan sebagai syarat bersatu padu. Kalau tidak
ada musibah dan bencana alam, kita tidak perlu bersatu , begitu?
Isu yang saya
mahu cakap disini ialah mengenai perpaduan Melayu. Isiu ini timbul semula
ketika Kelantan dilanda banjir besar. Seorang ahli perniagaan merasakan hanya
sebuah kerajaan perpaduan antara UMNO dan PAS boleh membangunkan semula
Kelantan. dalam lain perkataan, rakyat perlukan wang kerajaan federal dan perlaksanaan
kerajaan negeri atau ejensi kerajaan federal. Kerajaan perpaduan antara pas dan
umno sekali gus akan menyatu padukan bangsa Melayu.
Gesaan untuk
dua parti ini bersatu disambung oleh beberapa tokoh lain. Pemimpin UMNO sudah
tentulah menyukai cadangan ini. Kerana cadangan ini juga akan menyelamatkan UMNO
secara politik. Hasrat dan impian mereka disampaikan melalui jurucakap2 yang
bertaburan. Seorang bekas ketua hakim yang jadi ahli Perkasa sebuah persatuan
untuk pensiunan dan windbag, berkata Melayu
mesti bersatu untuk menyekat kekuatan orang Cina.
Rupa2 nya orang Melayu mesti bersatu atas alasan dan prinsip menyekat kekuatan bangsa lain.
Rupa2 nya orang Melayu mesti bersatu atas alasan dan prinsip menyekat kekuatan bangsa lain.
Jadi asas orang
Melayu bersatu padu ialah rasa cemas dan takut. Ada setengah pemimpin PAS melihat,
asas untuk bersatu padu ialah kerana kita sebangsa dan seagama. Mungkin pemimpin2
PAS ini lupa bahawa kesamaan bangsa dan agama tidak pernah menyekat satu
golongan menzalimi dan membunuh mereka yang seagama dan sebangsa. 90% pembunuhan
yang dilakukan keatas orang Islam di negara2 Arab dilakukan oleh orang Arab
sendiri yang juga beragama Islam. Yang menembak dan mengebom lebih dari 100
kanak2 di Pakistan ialah bangsa Pakistan juga yang menjustifikasikan pembunuhan
tersebut kerana mengikut mereka, ini ikut ajaran Muhammad saw.
Mari kita lihat
apa sebetulnya prinsip untuk bersatu padu bukan sahaja untuk orang Melayu yang
beragama Islam tapi yang boleh menyatupadukan bangsa Malaysia.