ayuh utusan..demi bangsa melayu..anda boleh berdebat dengan PARTI YANG PALING RASIS DI DUNIA.

YA..UTUSAN HARUS JADI ANAK JANTAN AGAR BERDEBAT DENGAN DAP KERANA SELAMA INI AKHBAR INI SERINGKALI DILIHAT LEBIH MELAYU DARI MELAYU.MAKA KERANA ITU , ORANG-ORANG MELAYU MAHU MENGETAHUI BAHAWA UTUSAN MEMANG BEBAR MENOLONG MELAYU MEMBANGUNKAN MINDA MEREKA KERANA MEMBACA UTUSAN...AKHBAR ITU JUGA DIBERI PELUANG SELAMA 7 HARI BAGI MEMBERIKAN PERSETUJUAN.....JIKA TIDAK ANDA BACUL






DAP hari ini mencabar akhbar Utusan Malaysia supaya bersifat bertanggungjawab dan menyahut tawaran debat berhubung dakwaan parti pembangkang itu sebuah pertubuhan yang rasis.

Cabaran itu dibuat oleh ahli parlimen Petaling Jaya Utara , Tony Pua berikutan kolumn yang disiarkan pada Ahad lalu di Mingguan Malaysia yang melabelkan DAP sebagai parti paling rasis di dunia.

'Awang Selamat dalam pojoknya menulis: “Ancaman DAP adalah jauh lebih berbahaya daripada apa-apa ancaman sekalipun yang pernah dihadapi dalam sejarah tanah air. Cuma bentuk penjajahan mereka lebih halus, berselindung atas slogan demokrasi dan tanpa menggunakan senjata. Tetapi implikasinya amat besar.

“Perlembagaan termasuk kedudukan Islam dan institusi beraja menjadi taruhan, yang akhirnya membawa Malaysia menuju negara republik. Apakah itu yang kita mahu?”

Pua membalas dan menganggap serangan itu sebagai “melampau' dan “keterlaluan”.

Demi 'kebenaran dan keadilan, Pua yang juga setiausaha publisiti DAP, mencabar Awang Selamat atau mana-mana wakil pengarang Utusan supaya berdebat.

“Editor dan pemiliknya tidak harus bersembunyi di belakang nama pena dan melemparkan tuduhan tanpa asas, (bertindak) sebagai penembak curi,” katanya pada sidang media di lobi parlimen hari ini.

Sambil menyifatkan akhbar itu sebagai “pengecut”, Pua mencabar mereka menyahut cabarannya “jika mereka sebenarnya mempertahankan bangsa Melayu”.