PM ANWAR HADIRI MAJLIS PERLANTIKAN KETUA HAKIM NEGARA

 


Siang tadi hadir ke Istiadat Menghadap dan Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan Ketua Hakim Negara, Presiden Mahkamah Rayuan, Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak, Hakim Persekutuan, Hakim Mahkamah Rayuan dan Hakim Mahkamah Tinggi.










Istiadat disempurnakan KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim di Istana Negara, yang mencerminkan keluhuran prinsip Perlembagaan dan keutuhan sistem kehakiman negara kita.


Pelantikan ini bukan sahaja satu penghormatan besar kepada individu-individu yang telah menunjukkan integriti dan dedikasi tinggi dalam bidang kehakiman, tetapi juga merupakan komitmen berterusan negara dalam menjunjung prinsip keadilan, kebebasan badan kehakiman, dan keluhuran undang-undang.


Moga kesemua yang dilantik ini terus memikul amanah dengan penuh hemah, adil dan berintegriti demi Malaysia yang berteraskan undang-undang dan keadilan.


#MalaysiaMADANI

#RancakkanMADANI

#MADANIbekerja


Foto: RPO




No comments: