Berita ini pasti mengecewakan banyak pihak. Aku sendiri pun
kecewa kerana apa yang kita harapkan tak menjadi kenyataan.
Tapi yang perlu kita ingat, ini Kerajaan Perpaduan. Kerajaan ini
diikat oleh perjanjian yang termeterai antara PH dan BN sebelum kerajaan
terbentuk.
Perjanjian itu bukan rahsia sepertimana dibuat oleh Mahiaddin
selepas Langkah Sheraton dulu. Semua orang boleh nampak isi perjanjian itu.
Maka kerana itu, kita terpaksa pasrah. Terpaksa terima walaupun
tak berapa suka.
Tapi aku rasa ada juga kebaikannya. Kerana Zahid kita ketahui
bukan pro-Mahiaddin. Kemungkinan untuk UMNO khianati kerajaan ini agak tipis.
Tapi benda belum pasti. Dah sah nanti aku ulas lebih lanjut,
InsyaAllah. Guane boh?
.