Pendidikan TVET tak penuhi kehendak industri, tampan buat kerajaan
Pendedahan Laporan Ketua Audit Negara 2019, Siri 2 menegaskan ekosistem pendidikan TVET Malaysia tidak memenuhi keperluan graduannya merupakan satu tamparan hebat kepada kerajaan Perikatan Nasional 2.0.
Menurut Jawatankuasa TVET Pakatan Harapan (PH), dapatan laporan Ketua Audit tersebut tidak jauh berbeza dengan syor mereka sebelum ini yang mencadangkan satu lembaga akreditasi ditubuhkan bagi meningkatkan kualiti pendidikan TVET.
“Keperluan untuk mewujudkan satu akreditasi pusat mengawasi semua institusi TVET adalah bagi memastikan graduannya memenuhi keperluan industri dan ini mengesahkan keperluan segera meletakkan rancangan tersebut menjadi tindakan konkrit.
“Memang ia pil pahit untuk ditelan, mengetahui kita sepatutnya sudah memperkasakan TVET sejak bertahun-tahun lalu jika wujud kemahuan politik untuk melakukannya.
“Kami juga telah berkali-kali berbicara mengenai masalah asas yang ditimbulkan institusi TVET ini, termasuklah kekurangan sistem akreditasi dalam program TVET atau kurangnya penilaian kawalan kualiti untuk tenaga pengajar yang ini kini menjadi salah satu isu yang diketengahkan dalam laporan Ketua Audit Negara,” kata mereka dalam satu kenyataan.
Menurut Jawatankuasa TVET itu lagi, saranan mereka tetap sama walaupun kepada kerajaan berbeza, iaitu kerajaan tidak wajar berlegah lagi meluluskan Akta Suruhanjaya Pendidikan dan Latihan Kemahiran Industri (ISET) serta Suruhanjaya TVET yang bebas bagi menyelaraskan program, kawalan kualiti dan membiayai serta melengkapkan pelajar dengan kemahiran secukupnya dari pihak institusi yang boleh dipercayai.
“Hakikatnya, isu ini telah disuarakan oleh banyak laporan yang ditugaskan oleh kerajaan terdahulu, merangkumi perunding dari PWC, BCG dan Bank Dunia, yang semuanya telah berulang kali menekankan kekurangan penyeragaman antara kementerian sebagai punca sebenar kemelut TVET Malaysia.
“Seperti yang telah kita lihat dalam laporan ini, kekurangan koordinasi memperlihatkan pengurangan pengambilan pelajar TVET daripada 139,699 pada tahun 2016 kepada hanya 99,589 pada tahun 2020.
“Dengan hanya 474,672 lulusan TVET dihasilkan dari 2016 hingga 2020, angka ini jauh lebih rendah daripada 900,000 pekerjaan baru yang disasarkan untuk tahun 2020,” kata mereka.
Selain itu, menurut Jawatankuasa TVET PH tersebut, dalam rancangan Malaysia ke-11, sebanyak RM29,689 telah diperuntukkan kepada enam penyedia TVET iaitu KPM, KKM, Kementerian Sumber Manusia, Pembangunan Luar Bandar Kementerian, Belia dan Sukan, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan dan Kerja Raya Kementerian, bagaimanapun dengan laporan Ketua Audit Negara terbaharu, apa yang berlaku, kata mereka, jelas pelaburan besar tersebut sia-sia belaka.
“Wang akan terus dibazirkan sekiranya kita terus gagal melakukan perkara dengan betul, iaitu menetapkan satu titik autoriti yang mengawasi institusi TVET.
“RMK-12 harus memastikan penubuhan Majlis TVET yang dirancang dilengkapi taring, kekuatan dan pertanggungjawaban yang cukup besar dengan undang-undang yang lengkap untuk memastikan kecekapan pelaksanaannya,” tegas mereka lagi.
Kenyataan bersama tersebut dikeluarkan oleh Senator Datuk Husam Musa, Nurul Izzah Anwar (Ahli Parlimen Permatang Pauh), Charles Anthony Santiago (Ahli Parlimen Klang), Chang Lih Kang (Ahli Parlimen Tanjung Malim) dan Summugam Rengasamy (ADUN) Bukit Selambau.