MSO
Pembangkang semalam mengadakan tunjuk perasaan di Sogo membantah penahanan anggota misi penghantaran bantuan ke Gaza (GFS) dan pembentangan RUU PSB. Jumlah kehadirannya tidak begitu ramai, bahkan orang ramai tidak pun diketahui demonstrasi itu diadakan. RON95 dan SARA menutup pengetahuan mereka.
Semua pemimpin pembangkang hadir termasuk bakal perdana menteri mereka yang tidak berani diumumkan, Mejah Zainuddin. Mahiaddin tidak pula kelihatan. Lebai doa qunut juga nampak ada, berdoa agar Trump tidak jadi hadir. Mahiaddin dan gengnya sudah terpinggir dari koridor kuasa Bersatu sekaligus menunjukkan retak sudah terbelah.
RUU PSB sudah dibaca kali pertama di parlimen dan bacaan kali kedua dalam mesyuarat akan datang. Harap Ngor Kor Meng teruskan hasrat pembentangan RUU berkenaan, usah takut kepada pembangkang.
Kalaupun RUU itu dihentikan, mereka tetap akan menentang kerajaan. Mereka tetap akan cari isu baru untuk tentang kerajaan. Yang penting buatlah kebaikan untuk negara tanpa mengambil kira pandangan pembangkang yang tidak waras.
Mejah pula dalam ucapan dilaporkan minta Anwar Ibrahim lepas jawatan. Tidak sesenang itu Mejah wei... 30 tahun Anwar berusaha untuk memegang jawatan itu. Kalau anda mahu, berjuanglah secara gentlemen bukannya merayu dengan gunakan alasan spele. Trims.
No comments:
Post a Comment