𝗦𝗲𝗿𝘂𝗮𝗻 𝗣𝗥𝗨𝟭𝟲 𝗱𝗶 𝗞𝗼𝗽𝗶𝘁𝗶𝗮𝗺 & 𝗚𝗲𝗿𝗮𝗶 𝗧𝗼𝗺 𝗬𝗮𝗺 𝗺𝗲𝗻𝗱𝗲𝗸𝗮𝘁𝗶 𝗱𝗮𝗻 𝗵𝗮𝗿𝘂𝘀 𝗱𝗶 𝘁𝗶𝗻𝗴𝗸𝗮𝘁𝗶.


Leon Wen


 𝘽𝙚𝙧𝙞𝙩𝙖 𝙏𝙚𝙧𝙠𝙞𝙣𝙞.


𝗦𝗲𝗿𝘂𝗮𝗻 𝗣𝗥𝗨𝟭𝟲 𝗱𝗶 𝗞𝗼𝗽𝗶𝘁𝗶𝗮𝗺 & 𝗚𝗲𝗿𝗮𝗶 𝗧𝗼𝗺 𝗬𝗮𝗺 𝗺𝗲𝗻𝗱𝗲𝗸𝗮𝘁𝗶 𝗱𝗮𝗻 𝗵𝗮𝗿𝘂𝘀 𝗱𝗶 𝘁𝗶𝗻𝗴𝗸𝗮𝘁𝗶.


Weyyy geng, aku telah terima seruan untuk bersiap sedia menjelang PRU16.

Medan perang kali ini bukan sekadar dewan besar atau pentas gah, tapi bermula di kopitiam dan gerai tom yam, sama seperti tahun yang lepas-lepas.

Di situlah pencerahan kelompok mesti diadakan – tempat orang sembang, berdebat, dan menilai kebenaran tanpa skrip.


Aku masih teringat, bagaimana dulu panggilan jugak datang dari walaun dan walauntit.

Mereka ajak bertemu, berhujah, bertekak lidah – kononnya nak tarik aku masuk parti mereka.

Katanya, hujahku tajam, kupasanku bernas, sesuai untuk pancing graduan U dan golongan terpelajar.





Namun selepas beberapa kali berlaga akal,

yang berlaku bukan aku yang terseret ke kegelapan bulan,

tetapi mereka yang keluar dari kepompong tipuan.

𝘼𝙠𝙝𝙞𝙧𝙣𝙮𝙖 𝙢𝙚𝙧𝙚𝙠𝙖 𝙨𝙚𝙙𝙖𝙧 – 𝙃𝙖𝙧𝘼𝙥𝙖𝙣 𝙡𝙚𝙗𝙞𝙝 𝙢𝙖𝙥𝙖𝙣, 𝙡𝙚𝙗𝙞𝙝 𝙩𝙚𝙧𝙗𝙪𝙠𝙖, 𝙡𝙚𝙗𝙞𝙝 𝙗𝙚𝙧𝙫𝙞𝙨𝙞.


𝗣𝗲𝗻𝗴𝗮𝗹𝗮𝗺𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗮𝗷𝗮𝗿 𝗮𝗸𝘂:

👉 𝘽𝙚𝙧𝙝𝙪𝙟𝙖𝙝 𝙙𝙚𝙣𝙜𝙖𝙣 𝙬𝙖𝙡𝙖𝙪𝙣𝙩𝙞𝙩 𝙨𝙚𝙗𝙚𝙣𝙖𝙧𝙣𝙮𝙖 𝙡𝙚𝙗𝙞𝙝 𝙢𝙪𝙙𝙖𝙝,

kerana walau tersilap arah, mereka masih ada fikiran bernas. Semuanya graduan U, ada yang Masters, senang berhujah, bertukar pendapat tetapi ramai yang berkitar Auta tanpa sedar dan senang aku patahkan Auta bila bentangkan Fakta.





👉 𝙏𝙖𝙥𝙞 𝙗𝙚𝙧𝙝𝙪𝙟𝙖𝙝 𝙙𝙚𝙣𝙜𝙖𝙣 𝙬𝙖𝙡𝙖𝙪𝙣… itu lain cerita.

Mereka ibarat mata langau – nampak hanya bangkai fitnah, tak pernah cari bunga ilmu. Hujah pun caca marba, berpusing entah ke mana. Kekadang mereka hanya ulang yang Fitnah dan Auta yang satu.

Atau macam kuda lumba yang dipasang penghadang mata – hanya nampak satu hala, tak mampu menoleh kiri kanan, seolah-olah parti lain itu haram untuk dipandang.





𝘿𝙖𝙣 𝙠𝙞𝙣𝙞, 𝙗𝙪𝙠𝙩𝙞 𝙟𝙚𝙡𝙖𝙨 𝙩𝙚𝙧𝙜𝙖𝙢𝙗𝙖𝙧.

Walauntit-walauntit yang pernah cuba memujuk, akhirnya mereka sendiri yang 𝙙𝙚𝙘𝙡𝙖𝙧𝙚 𝙠𝙚𝙡𝙪𝙖𝙧 𝙙𝙖𝙧𝙞 𝙗𝙪𝙡𝙖𝙣,

𝙙𝙖𝙣 𝙢𝙚𝙢𝙞𝙡𝙞𝙝 𝙃𝙖𝙧𝘼𝙥𝙖𝙣 yang lebih rasional, lebih terbuka, dan berwawasan.

𝙄𝙩𝙪𝙡𝙖𝙝 𝙠𝙚𝙠𝙪𝙖𝙩𝙖𝙣 𝙥𝙚𝙣𝙘𝙚𝙧𝙖𝙝𝙖𝙣 – 𝙗𝙪𝙠𝙖𝙣 𝙥𝙖𝙠𝙨𝙖𝙖𝙣, 𝙩𝙖𝙥𝙞 𝙠𝙚𝙨𝙚𝙙𝙖𝙧𝙖𝙣.


⚡️ 𝗣𝗥𝗨𝟭𝟲 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗸𝗮𝗱𝗮𝗿 𝗽𝗶𝗹𝗶𝗵𝗮𝗻 𝗿𝗮𝘆𝗮, 𝗶𝗮 𝗺𝗲𝗱𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗻𝗴𝘂𝗷𝗶 𝘀𝗶𝗮𝗽𝗮 𝗯𝗲𝗿𝗮𝗻𝗶 𝗺𝗲𝗺𝗯𝘂𝗸𝗮 𝗺𝗮𝘁𝗮, 𝘀𝗶𝗮𝗽𝗮 𝗿𝗲𝗹𝗮 𝘁𝗲𝗿𝘂𝘀 𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗸𝘂𝗱𝗮 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗻𝘂𝘁𝘂𝗽 𝘁𝗲𝗽𝗶 𝗺𝗮𝘁𝗮.


====>>>

✒️ 𝘗𝘦𝘯𝘢: 𝘓𝘦𝘰𝘯 𝘞𝘦𝘯 | 𝘞𝘪𝘴𝘥𝘰𝘮 𝘌𝘤𝘩𝘰𝘦𝘴...

𝘞𝘢𝘭𝘢𝘶𝘯 𝘪𝘣𝘢𝘳𝘢𝘵 𝘬𝘶𝘥𝘢 𝘭𝘶𝘮𝘣𝘢 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘥𝘪𝘱𝘢𝘴𝘢𝘯𝘨 𝘱𝘦𝘯𝘨𝘩𝘢𝘥𝘢𝘯𝘨 𝘮𝘢𝘵𝘢 – 𝘭𝘢𝘫𝘶 𝘣𝘦𝘳𝘭𝘢𝘳𝘪, 𝘵𝘢𝘱𝘪 𝘩𝘢𝘯𝘺𝘢 𝘴𝘢𝘵𝘶 𝘩𝘢𝘭𝘢. 𝘞𝘢𝘭𝘢𝘶𝘯𝘵𝘪𝘵 𝘱𝘶𝘭𝘢 𝘪𝘣𝘢𝘳𝘢𝘵 𝘬𝘶𝘱𝘶-𝘬𝘶𝘱𝘶; 𝘣𝘪𝘭𝘢 𝘵𝘦𝘳𝘭𝘦𝘱𝘢𝘴 𝘥𝘢𝘳𝘪 𝘬𝘦𝘱𝘰𝘮𝘱𝘰𝘯𝘨 𝘣𝘶𝘭𝘢𝘯, 𝘣𝘢𝘳𝘶𝘭𝘢𝘩 𝘯𝘢𝘮𝘱𝘢𝘬 𝘪𝘯𝘥𝘢𝘩𝘯𝘺𝘢 𝘤𝘢𝘩𝘢𝘺𝘢 𝘏𝘢𝘳𝘈𝘱𝘢𝘯. 𝘗𝘰𝘭𝘪𝘵𝘪𝘬 𝘣𝘶𝘬𝘢𝘯 𝘴𝘦𝘬𝘢𝘥𝘢𝘳 𝘪𝘬𝘶𝘵 𝘩𝘦𝘳𝘥𝘪𝘬𝘢𝘯 𝘱𝘦𝘯𝘤𝘦𝘳𝘢𝘮𝘢𝘩, 𝘵𝘦𝘵𝘢𝘱𝘪 𝘬𝘦𝘣𝘦𝘳𝘢𝘯𝘪𝘢𝘯 𝘮𝘦𝘯𝘤𝘢𝘳𝘪 𝘬𝘦𝘣𝘦𝘯𝘢𝘳𝘢𝘯. 𝘠𝘢𝘯𝘨 𝘣𝘦𝘳𝘢𝘯𝘪 𝘮𝘦𝘮𝘣𝘶𝘬𝘢 𝘮𝘢𝘵𝘢, 𝘥𝘪𝘢𝘭𝘢𝘩 𝘱𝘦𝘮𝘦𝘯𝘢𝘯𝘨 𝘴𝘦𝘣𝘦𝘯𝘢𝘳.



𝙉𝙤𝙩𝙖: 

Jangan ada yang kutuk aku kata panggilan Ex-walauntit itu menghina.

Kerana merekalah sendiri yang minta aku kekalkan panggilan itu –

sebagai bukti bahawa dulu mereka buta dan songsang,

tetapi kini sudah cerdikan melihat,

dan 𝙥𝙞𝙡𝙞𝙝𝙖𝙣 𝙢𝙚𝙧𝙚𝙠𝙖 𝙟𝙚𝙡𝙖𝙨 𝙢𝙚𝙣𝙪𝙟𝙪 𝙃𝙖𝙧𝘼𝙥𝙖𝙣 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙗𝙚𝙧𝙬𝙖𝙬𝙖𝙨𝙖𝙣 𝙨𝙚𝙧𝙩𝙖 𝙠𝙚𝙮𝙖𝙠𝙞𝙣𝙖𝙣 𝙪𝙣𝙩𝙪𝙠 𝙢𝙖𝙨𝙖 𝙙𝙚𝙥𝙖𝙣.



No comments: