
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berada di Kementerian Kewangan bagi menumpukan perhatian terhadap perancangan Belanjawan MADANI keempat 2026 pada 5 Oktober 2025. Foto X Anwar Ibrahim
PUTRAJAYA, 5 Okt – Biarpun hari ini merupakan cuti hujung minggu namun Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berada di Kementerian Kewangan bagi menumpukan perhatian terhadap perancangan Belanjawan MADANI keempat 2026.
Menerusi hantaran di dalam laman sosial Fecebooknya secara ringkas memaklumkan, sesi berkenaan dikendalikan bersama pasukan Perbendaharaan antaranya dihadiri Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Johan Mahmood Merican.
Anwar yang juga Menteri Kewangan dijangka membentangkan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat pada 10 Oktober ini dengan tumpuan akan diberikan bagi meningkatkan pendapatan rakyat serta menangani isu kos sara hidup terutamanya golongan B40 dan M40.
Ini merupakan belanjawan terpenting memacu pertumbuhan ekonomi negara dan kemampanan dasar fiskal selain menekankan aspek pembangunan dan kesejahteraan rakyat.
Dalam beberapa hari lalu, Anwar menumpukan perhatian kepada usaha pembebasan 23 aktivis Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) yang ditahan rejim Israel dan berjaya dibawa keluar ke Istanbul, Turkiye malam tadi.
No comments:
Post a Comment