Nazri Hamdan
Pengasas bersama PetroSaudi, Tarek Obaid, tak boleh usik atau jual saham dia dalam syarikat teknologi Amerika, Palantir Technologies, yang bernilai jutaan dolar.
Puncanya saham tu dikatakan dibeli guna duit yang diseleweng daripada dana 1MDB, masa fasa “Good Star” tahun 2009.
Jadi, kerajaan Malaysia guna Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram untuk “bekukan” aset luar negara yang ada kaitan dengan duit haram ni.
Kalau ikut laporan, cuma USD300 juta je yang masuk ke projek “joint venture” antara 1MDB dan PetroSaudi, manakala USD700 juta lagi diseleweng ke akaun Good Star Ltd, syarikat yang dikaitkan dengan Jho Low.
Akibatnya, 1MDB rugi sekitar USD1.83 bilion. Tarek Obaid dan rakan dia Patrick Mahony pun dah disabit kesalahan di mahkamah Switzerland atas tuduhan penipuan dan pengubahan wang haram.

No comments:
Post a Comment