ANWAR BERJIWA RAKYAT

 

ENG HUAT KOH

 Sebenarnya tiada pemimpin yang berkarisma baik Melayu mau pun yang bukan melayu selain Anwar. Kerana Anwar saorang pemimpin yang peduli rakyat, dan yang berjuang hanya utk rakyat.

Hanya mereka pemimpin yang berjiwa kerdil sahaja melihat Anwar Ibrahim ini suatu ancaman terhadap kekuasaan yang dibina di atas kebejatan dan di atas tangis ratap rakyat maka kita perlu bangun utk seketika lagi "Lawan Tetap Lawan"

Salute pada kamu DSAI.....

Ulasan

terbaik

dari Mr.

Eng Huat Koh

Kenyataan Minta DSAI Undur

Terpanggil Untuk Pencerahan

Kami bukan berkiblat dengan DSAi secara membabi-buta

Sebelum sesuatu keputusan diputuskan dan untuk berlaku adil adalah lebih masuk akal kiranya kita mohon DSAI bentangkan Belanjawan PH yang mampu melawan Convid 19 untuk tatapan umum dan dilaksanakan kiranya diizinkan untuk mentadbir. Cadangan Belanjawan ini harus mendapat persetujuan tidak berbelah bahagi dari rakan-rakan Pakatan Harapan agar rakyat dapat meneliti dan memperbandingkan dengan Belanjawan Kerajaan yang masih dalam peringkat untuk mendapatkan kelulusan.

Seterusnya hujahan artikel kami yang masih berdiri teguh kepada DSAI adalah berlandaskan 3 perkara iaitu :-

1. PRINSIP PERJUANGAN YANG DIDOKONG

2. PENGORBANANNYA DAN

3. SEMANGAT JUANGNYA YANG TERAMAT KENTAL

Sekiranya bukan DSAI, siapakah pemimpin bumiputra yang mempunyai ciri-ciri kepimpinan dan sanggup atau telah melalui keperitan karier politik selama lebih 2 dekad seperti berikut :-

1. Berkarisma

2. Disegani dan diiktiraf di persada dunia selain merangkul beberapa anugerah termasuk antaranya menteri kewangan terbaik

.3. Perwatakan di bunuh seperti tuduhan jenayah tetapi didapati bersalah di atas tuduhan Salah Guna Kuasa

4.Pembunuhan perwatakan yang telah dan masih memalitkan keturunannya.

5.Sanggup merengkok didalam penjara sepanjang perjalanan karier politiknya demi mempertahankan prinsip perjuangannya.

6. Beberapa kali dihumban ke dalam penjara dan dipisahkan dari ahli keluarga dan tetap tidak serik dan tunduk dengan prinsip perjuangan

7.Sanggup di khianati oleh rakan-rakan seperjuangan dan pihak lawan dan masih bersifat pemaaf.

8. Konsistant dengan Prinsip perjuangan yang mendapat Dokongan dan sokongan dari rakyat dari pelbagai kaum di seluruh negara.

9. Menghormati setiap insan berasaskan ketaqwaannya terhadap agamanya yang memahami kewujudan kepelbagaian insan adalah kehendak yang maha esa dan penganugerahan sebagai pemimpin adalah untuk menyatukan dan bukan memporak perandakannya sebagaimana kehendak Yang Maha Esa

10. Dunia akademik dan universiti tersohor sering mengiktiraf pandangan dan visi beliau dengan sering menjemput sebagai tetamu dalam program dan seminar yang berkaitan pendidikan global.

11. Beliau juga aktif dan sering dijemput oleh beberapa kerajaan luar dalam menyampaikan pandangan tentang hubungan kaum serta forum ekonomi

.

 

 


No comments: