3 ketua parti PH menghadap Sultan Perak hari ini

 


Nga Kor Ming mewakili DAP, Farhash Wafa Salvador dari PKR dan Asmuni Awi, Amanah dijadualkan menghadap Sultan Perak esok berhubung kemelut menteri besar negeri itu.

IPOH: Tiga ketua parti daripada Pakatan Harapan (PH) dijadualkan menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Kinta, hari ini.

Sumber memberitahu, ketua parti itu adalah Nga Kor Ming mewakili DAP, Farhash Wafa Salvador dari PKR dan Asmuni Awi, Amanah.

Mereka diperkenankan menghadap Sultan Nazrin bermula 11 pagi.

Petang semalam , Menteri Besar Ahmad Faizal Azumu diperkenan menghadap Sultan Perak bagi menyembah maklum situasi terkini kerajaan Perikatan Nasional (PN) Perak berikutan keputusan usul undi percaya terhadap beliau pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam.

No comments:

Jenama Umno Hebat Tapi Jurujual Tak Kuat

  DARI FB wall A Kadir Jasin... freemalaysiatoday.com Kumpulan mesra PPBM dalam Umno mahu singkir Zahid? Beberapa ‘tokoh besar’ dikatakan be...