NORMAN RADZUAN
Sekelip mata UMNO dikaitkan dengan DAP
' I MISS YOU..' PEJA BUKAN BIASA-BIASA...HALUSI
Apa yang berlaku di Perak kita akan dapat 1001 pengajaran samada dari
sudut agama dan politik itu sendiri. Tapi apakah mesej ini mampu menyedarkan
orang Melayu?
Kita ikuti dahulu apa yang berlaku di DUN Perak pagi tadi....
1. Yang membawa Usul, ADUN Pengkalan Baru dari Parti UMNO, Dato
Manap.
2. Usul berbunyi, Undi Kepercayaan kepada. Menteri Besar Perak
tetapi, sebenarnya Vote of No Confident.
3. Bermakna, Usul ini bertujuan untuk menumbangkan Menteri Besar
Perak, yang juga Timbalan Presiden BERSATU.
4. Seramai 10 ADUN menyokong Usul ini. Bermakna menyokong masih
memberi kepercayaan kepada. Peja sebagai MB Perak.
5. Daripada 10 ADUN ini, 3 ADUN yang menyokong ialah daripada
ADUN PAS kerana Hj. Hadi di Putrajaya 2 hari yang lalu, telah menyatakan
sokongan beliau, supaya Peja di kekalkan sebagai MB Perak.
6. Sesungguhnya the move mengemukakan Usul Percaya ini di DUN
Perak membawa pelbagai implikasi politik.
7. Ianya menunjukkan pepecahan antara BERSATU dengan UMNO.
8. Ianya menunjukkan PAS kini bersama dengan BERSATU didalam
Gabungan PN.
9. Peja MB Perak perlu letak jawatan.
10. Menunjukkan UMNO Perak sanggup bekerjasama mengundi
bersama-sama dengan DAP dan PKR, bagi menjatuhkan Peja.
PERSOALANNYA
1. UMNO Perak perlukan sokongan dari 30 ADUN daripada
parti-parti politik di Negeri Perak, untuk jadi MB.
2. UMNO ada 25 ADUN. Perlukan sokongan dari 5 ADUN lagi. Untuk
mendapat angka : 30 ADUN menyokong.
3. Adakah UMNO Perak sanggup menjalinkan kerjasama politik
dengan Parti DAP atau PKR, demi jawatan Menteri Besar Perak sekiranya ADUN PAS
dan ADUN Bebas tidak menyokong Calon dari kalangan Parti UMNO untuk di
persembahkan kpd. Sultan Perak sebagai Menteri Besar Perak yang baru.
Yang menyokong Peja
Sokong 10
1. Peja PPBM
2. Nolee PPBM
3. Yunus PpBM
4. Zainol PBBM
5. Razman PAs
6.Akmal PAS
7. Khalil PAS
8. Paul X DAP
9.Siva x DAP
10. Azniel UMNO (setpol)
Apa yg org Melayu perlu belajar dari kejadian ini?
1. Nama DAP hanya menjadi retorik politik utk membodohkan org
Melayu. Dulu PAS lebih 10 tahun duduk bekerjasama di dlm Barisan Alternatif dan
Pakatan Rakyat. Kenapa ketika itu PAS kata lebih baik bersama DAP dari bersama
UMNO?
2. Hari ini atas nama politik PAS bekerjasama dgn UMNO. Selepas
perlantikkan Menteri dan Exco PAS bekerjasama dgn PBBM ( Bersatu ). Jelas yg
pertahankan Peja selain PBBM ialah PAS. Sudah ada suara menyalahkan UMNO
bersengkokol dgn DAP. Kenapa DAP kerana itulah modal paling berkesan mana2
parti politik utk memburukkan lawan. Akhirnya bom atom yg UMNO sering gunakan
dlm survival UMNO makan tuan.
3. Adakah UMNO boleh dipercayai? Sebenarnya PBBM telah silap
mencari rakan perjuangan. PH terbina daripada kemahuan parti2 mengubah nasib
Malaysia menjadi negara yg bersih dgn menghapuskan salah guna wang rakyat,
salah guna kuasa eksekutif, undang2 yg berbeza pendek kata kleptopkrasi.
Akhirnya Peja menzahirkan dlm kata2nya ..." I miss you Pakatan
Harapan."
4. Dari sudut agama ia adalah pengajaran sgt berguna. Jgn kita
mengkhianati... rakyat dan rakan seperjuangan telah dikhianatu kerana kuasa.
Allah telah tunjukkan pengkhianatan tidak akn kekal. Tidak ada pengkhianatan
akan kekal.... percayalah kerajaan PN ini atau PBBM ini akn dimalukan oleh rakyat
dan UMNO sendiri dlm PRU15 nanti. Muhyiddin akn menjadi PM paling singkat dlm
sejarah Malaysia.
5. Saya percaya nama DAP akan digunakan sehabis habisnya dlm isu
ini walaupun yg bawa usul UMNO, speaker UMNO, undi paling ramai dari UMNO.
Lihat ucapan sinis "Tahniah kpd DAP dan parti2 yg bekerjasama
dgnnya". DAP adalah talian hayat samada PAS, PBBM dan UMNO utk terus
memperbodohkan org Melayu. Ia masih relevan walaupun negara sudah Merdeka 60
tahun lamanya. Akhirnya ia memakan diri sendiri.
Masalah negara kita bukan parti Cina, India dan lain2. Masalah
negara kita pemimpin ingin berkuasa utk mengkayakan diri mereka masing2. Kita
terlalu ramai pemimpin yg korup dan mementingkan diri sendiri.
Siapa bakal MB...?
Ayat ' I miss you' jgn dipandang begitu sahaja. Ia makna yg
paling besar.
1. Peja mesti terasa terhina dgn apa yg dilakukan oleh UMNO kpd
dirinya. Dlm sejarah Perak atau Malaysia inilah undi pertama rasanya yg
memalukan Ketua Eksekutif.
2. Peja tahu akn timbul permasahan siapa yg bakal menjadi MB.
Samada dari PH atau dari UMNO. Jgn terkejut jika Peja membawa penyokong DUNnya
utk menyokong PH sebagai MB bagi menidakkan bakal MB daripada UMNO. Dendam
peribadi? ... Politik memang sukar diramalkan.
3. Siapa bakal MB sebenarnya bukan ditentukan oleh PH atau UMNO
tetapi siapa yg Peja dan teamnya akn menyokong....
ADAKAH KEKALAHAN TANPA PILIHANRAYA INI JUGA ANUGERAH ALLAH
SEPERTI DIKATAKAN PAS SEBELUM INI?