Pas tak mahu bersama bentuk Kerajaan Perak yang baharu


Terkini! Pas tak mahu bersama bentuk Kerajaan Perak yang baharu



PAS mengambil maklum keputusan Usul Keyakinan Majoriti Ahli Dewan terhadap YAB Menteri Besar Perak yang telah berlangsung di dalam Dewan Undangan Negeri Perak hari ini di mana tiga (3) ADUN PAS menyokongnya selaras dengan pendirian yang dibuat oleh Lajnah Politik PAS Pusat.

Maka selaras dengan keputusan tersebut, PAS Pusat telah membuat ketetapan untuk TIDAK menyertai usaha pembentukan Kerajaan Negeri Perak yang baharu.

Meski pun demikian, PAS akan terus berperanan sebagaimana biasa dalam masyarakat di peringkat Negeri mahupun nasional.

Terima kasih

ISLAM MEMPERKUKUH PERPADUAN   (JANGAN KAPIRKAN ORANG )

DATO’ TAKIYUDDIN HASSAN
Setiausaha Agung PAS.

Bertarikh: 04 Disember 2020.

No comments: