PENGKHIANAT DIKHIANAT; NAK GELAK KER NAK NANGIS...PUNCA PEJA TERLEPAS JAWATAN MB



BOB KELANANG

Dua isu utama penjualan ladang sawit 15,000 hektar milik kerajaan negeri secara rundingan terus tanpa tender dan pelantikan ADUN UMNO sebagai Setiausaha Politik MB Perak punca MB Perak disingkir. Ladang ini dah lama dimilik kerajaan Perak di bawah BN sejak tahun 1995 dan nilai ladang tersebut adalah sebanyak RM1.03 bilion dan memberi keuntungan besar sebanyak RM40 juta setiap tahun kepada negeri Perak. Selepas kerajaan PH Perak tumbang dan MB Perak PH menjadi MB Perak PN, penjualan tersebut tetap diteruskan secara rundingan terus tanpa tender di bawah kerajaan PN Perak.

Insiden kedua ialah pelantikan seorang ADUN Umno sebagai setiausaha politik MB Perak tanpa merujuk dan mendapat persetujuan dari kepimpinan UMNO negeri. Setiap pelantikan politik perlu mendapat persetujuan parti masing-masing tapi tak dilakukan MB Perak. Oleh sebab MB Perak tak hirau dan tetap khianat persetujuan antara parti, maka dia pun tumbang hari ini.(SEMALAM)

PH Perak dah lama tunggu peluang untuk tumbangkan MB Perak sebab PH rasa mereka pernah dikhianat MB Perak yang juga membawa lari beberapa ADUN PH pada bulan Februari tahun ini. - SH

PN buat swap jawatan saja. Dah CM Sabah bagi kat Bersatu yang buat UMNO bengang. Sebagai ganti UMNO minta tuk takeover jawatan MB Perak dan Peja akan dilantik jadi Menteri atau Timbalan Menteri kemudian di peringkat Federal nanti. Ini win-win solution antara UMNO-Berjaya. Nampakkan tipu muslihat parti penyamun ini!!! - minah kerang