Bercakap jujurlah tentang vaksin : Kenapa ada kematian jururawat muda yang lengkap divaksin akibat Covid-19

 Bercakap jujurlah tentang vaksin : Kenapa ada kematian jururawat muda yang lengkap divaksin akibat Covid-19

1- Aku bukan lah gerombolan anti Vaksin, Apalagi pengikut Teori Dajjal ,Illuminati dan Akhir Zaman sebagaimana ceramah para Ustaz tentang Vaksin dan Covid-19.. Tetapi aku menilai semua situasi dan dapatan tentang Vaksin dari laporan laporan di media.. Ada ketikanya ia menimbulkan persoalan..

2- Antara pembodohan dan jahilnya Kerajaan hari ini seolah olah menganggap Vaksin sebagai ubat, Maka tidak hairanlah keluar dari mulut PM tebuk atap, Bagi yang sudah di Vaksin 2 Kali..Mereka boleh kesana kesini dan merentas Negeri, virus akan melemah dan tidak menjangkiti orang lain, Apakah Pandangan ini Benar ?

3- Dari Banyak dari Laporan yang aku baca seolah oleh mereka yang dah Divaksin menjadi Pencetus Kluster.., Mereka tidak ada gejala tetapi menyumbang kepada sebaran wabak.. Sebab kenyataan PM itu lah apakah kemungkin penyebab gelombang atau Sporadik baru dari mereka yang sudah divaksin ? Ini yang aku baca dari laporan Berita..

4- Pada 27 Mei Aku membaca Laporan Sinar Harian, Seorang wanita berumur 53 tahun yang telah lengkap menerima dua dos vaksin pada Mac lepas dikesan menjadi kes indeks dalam kluster baharu di Sabah, Disebabkan wanita ini wujudnya kluster dan peningkatan kes di Sabah.. Sudah pasti Frontliner..

5- Pada 23 Mei ada laporan ketian 3 Ahli keluarga melibatkan seorang anggota Polis yang sudah di Vaksin, Dia selamat dan 3 Ahli keluarganya Meninggal Dunia..Biarpun laporan ia berpunca dari aktiviti solat Terawikh dan pemandian Jenazah, aku tidak tolak kemungkinan mereka yg sudah divaksin boleh menjadi pembawa seperti kes di Sabah..

6- Dalam laporan harian Metro, Siti Aishah Mohd Zamri yang hanya berumur 26 tahun ,baru setahun melansungkan perkahwinan.. yang bertugas sebagai jururawat di Hospital Labuan meninggal dunia pada jam 10.40 pagi Rabu selepas dimasukkan ke wad akibat jangkitan COVID-19 pada 26 Mei lalu…

7- Sekali lagi ,Seorang jururawat muda Mugilarasi A/P Perumal yang juga berumur 26 tahun bertugas di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) di Hospital Sungai Buloh telah meninggal dunia akibat Covid-19 pada 5 Jun lalu, Video nya viral baru baru ini.

8- Persoalan yang timbul dua kematian jururawat muda ini, Persoalan apakah kedua jururawat ini sudah divaksin ? Jika sudah Vaksin bagaimana kesan Covid-19 boleh sebabkan kematian pada usia yang amat muda ?

9- Dan jika mereka belum di Vaksin, Berdasarkan tarikh mereka dirawat, Sepatutnya Frontliner seperti mereka sudah cukup 2 Dos suntikan..Jika tidak ianya tak berlaku, jelas gambaran Kegagalan Kerajaan, Ketika ada artis muda di Vaksin dalam waktu yang sama ada Jururawat tidak di Vaksin..

10- Bukan hanya 2 Kisah itu, ada banyak laporan termauk dari Portal Publichealth kisah bagaimana doktor mengandung di Komakan, Ada pegawai Perubatan yang Meninggal dunia.. Itu tak tahu lah ramai mana kesan melibatkan mereka yang sudah di Vaksin..

11- Jadi Bagi aku Kerajaan perlu keluarkan laporan dan Data yang lebih tepat, Ada tau tidak mereka yang sudah dua kali di Vaksin, Dan ada atau tidak ketika ia mereka yang sudah lengkap di Vaksin mendapat rawatan di ICU dan mendapat bantuan Pernafasan, begitu juga melibatkan Kematian…Jangan hanya melaporkan Penyakit lain. lagi baik laporkan jenis Vaksin yg diambil untuk kita tahu keberkesanan Vaksin tertentu..

12- Ada ketika bercakap jujur dan telus Itu lebih baik, Jangan hanya hidup dalam Sindrom penafian, Akhirnya dari kata kata Perdana Menteri menyebabkan lebih ramai Jangkitan kepada orang awam dari mereka yang sudah divaksin.

13- Aku tetap sokong program Vaksinasi dipercepatkan untuk capai herd immunity.. Tetapi melihat kepada data dan Laporan, Keutamaan Kerajaan ada kawalan yang bijaksana, Dua faktor penting kawalan, Pertama menjaga jarak dan pertemuan sosial dan Pergerakan Rakyat.. jangan beri harapan palsu mereka boleh bebas kesana sini.. Vietnam contoh terbaik biarpun jumlah mereka yang lengkap 2 dos Vaksin hanya berjumlah 50 ribu..Tetapi covid-19 di negaranya terkawal..

14- Arab Saudi sendri tidak berani untuk buka ibadah hajinya kepada Negara luar biarpun ramai yang sudah divaksin dua Dos Suntikan.. Begitu juga UK, Biarpun sudah hampir capai Herd Imunity, Berjaya melandaikan kes, Mereka masih teragak agak melonggar dan membuka sekatan..

15- Jadi bercakap benarlah wahai Kerajaan , Berterus Terang lah.. Supaya mereka yang lengkap di vaksin tidak menimbulkan bahaya kepada mereka yang belum di Vaksin.. Bercakap jujur ini Bukan hanya kepada PM tebuk atap, Hatta kepada Ketua Pengarah kesihatan Dr Noor Hisham.. 🙂

Ipohmali

No comments: