MAGERAN Mahathir tidak berpelembagaan.




May be an image of ‎1 person and ‎text that says "‎Kita perlukan kejelasan, dan kita perlukan kepimpinan yang berwibawa. Ini bukan masa untuk berlagak bijak, tapi dalam masa yang sama lebih ramai terus maut. Cukuplah! Kita perlukan perubahan sekarang. Anwar Tbrahin Presiden Keadilan Ahli Parlimen Port Dickson @anwaribrahim_keadilan @anwaribrahim @anwaribrahim_ ۔bahim‎"‎‎



MOHD MUKHLIS


Mahathir kalau dia buat sesuatu pasti akan ada kepentingan untuk diri sendiri. Contoh tahun lepas dia sanggup datang HQ PKR, time itu kita ingat dia ikhlas nak sokong PH dapatkan balik kerajaan, rupanya sibuk nak lobi jadi PM Kali ke 4 ( ke 3 masa interim).

Lagi best bagi dia, semua orang lain tak pandai, hanya dia sahaja yang boleh mentadbir ; tapi yang peliknya orang yang dia endorse macam PakLah, Najib pun gagal. Sebab itu dia kata Anwar telefon dia, tapi Anwar tak ada penyelesaian untuk krisis negara sekarang; too condescending dan hanya hendak membuat sentimen kebencian. Tapi kalau ikut logik, ada ke orang nak telefon seseorang hanya kerana nak cakap dia tak ada idea? Unless kalau dia yang telefon Anwar hendak minta sokongan untuk support MAGERAN 2.0 dia, that makes a lot more sense.

So berbalik pada MAGERAN 2.0, ianya adalah Little Napoleon, yang secara tidak rasmi akan lantik dia jadi PM Interim ke 8, yang akan bagi dia kuasa lebih besar dari Parlimen, tiada akauntibiliti pada Parlimen (rakyat), lagi parah bagi check kosong kementerian kewangan pada Perdana Menteri kalau berjaya di pinda ordinan darurat. Untuk sebuah Parti yang kata berjuang untuk rakyat, yang siap serah memo kepada YPDA untuk buka Parlimen, Macam mana Pejuang boleh bersetuju dengan cadangan gila kuasa ini? Ini sebelum berkuasa pun Pejuang tak berani bantah, bayangkan kalau Mahathir jadi Pengerusi Mageran, ada tak mereka berani bersuara atau jadi pak turut?

Saya kalau yang mencadangkan MAGERAN ini Anwar Ibrahim sekalipun, saya akan lawan sebab ia salah dan bertentangan dengan prinsip demokrasi. Jadi pelik juga bila Pejuang boleh senyap dan redha dengan tindakan Mahathir ( tak pasti jawatan apa apa dalam pejuang maybe pengerusi) untuk membelakangkan Parlimen.

Kira dah lihat bagaimana darurat kesihatan yang konon2 nak bagi kes covid turun, makin teruk. Duit KWAN di guna sesuka hati, tapi bab moratorium bank, boleh pula Menteri Kewangan kata tak boleh paksa, jadi apa sebenarnya tujuan Darurat? Lepas itu dari satu extreme nak ke satu lagi extreme yang lain. Kalau darurat dah gagal, kenapa nak buat kerja isim dengan MAGERAN pula?

Dah la tu, pentaksub Mahathir macam Khairudin boleh bersangka buruk kata Anwar jangan lobi nak berkuasa bila jumpa YDPA, tapi yang ironis Mahathir yang dah berkuasa sampai 3 kali offer nak jadi Pengerusi Mageran ( PM Interim 8 ) tak pula dia tegur? Ini yang saya kata, pajak akal bukan sahaja jadi pada Parti Agama, Parti Bangsa 3.0 ( 1.0 UMNO baru, 2.0 Bersatu) pun ramai yang pajak akal pada Pemimpin. Kira dah gagal sampai 3 kali pun masih mahu berjuang demi bangsa? Bila dah dapat kuasa nanti apa dia kata? Melayu Malas.

The good thing about this is PH semua sepakat tolak MAGERAN Mahathir dan semua sudah nampak his true colours. Yang di kata tak ada plan tadi kalau kita lihat live Anwar dia sangat berbeza dari apa yang di fitnah. Anwar sudah ada exit plan, macam mana hendak recover dari krisis ini.

Anwar juga dapat sokongan bukan sahaja dari Pemimpin Luar siap jumpa duta2 besar luar dalam masa PKP ini. Juga Ulama Besar macam, Syeikh Yusuf Qardawi dan Setiausaha Kesatuan Ulama' Sedunia Prof. Dr. Sheikh Ali al-Qaradaghi. Sheikh Ali siap kata Anwar adalah pemimpin Agung tentang Islam. Ini bukan Ulama Serba Tahu yang khianat pada ilmu ya, yang itu ada di utara sembunyi dalam gua lepas apa yang di jamin semua hancur.

Sebagaimana yang saya sebut dari dulu, kita hendak lepas dari krisis ini kena bersama dengan pemimpin yang Qawwi dan Amin. Yang kita ada sekarang adalah yang lemah dan khianat, yang ada dulu pula yang Qawwi tetapi tidak Amin, fikir hanya untuk berkuasa selama-lamanya.

Ambil contoh macam mana Biden, plan pemulihan dia sudah tersedia sebelum dia masuk office, lepas masuk office terus execute plan dalam masa 2 bulan. Kini kita lihat USA sudah hampir pada 65% vaksinasi ( at least 1 dos dan herd immunity pada 70%). Yang kita masih lagi terkial-kial berebut vaksin macam anak kambing berebut dedak.

Ini berbeza dari Mahiadin, siap sebut "I am now the prime minister", saling tak tumpah dengan pemenang loteri yang tak sangka-sangka menang. Dia pun tak sangka boleh jadi PM sebab dia hanya bersedia untuk khianat, bukan bersedia untuk memimpin. Sebab itu Anwar kata; sudahlah khianat, memimpin pula bod*h.

Ibrah dari peristiwa ini banyak membenarkan kisah akhir zaman dan apa yang di sebut oleh junjungan besar kita 1400 tahun dahulu tentang hati orang tua yang gila kuasa.

"Hati orang tua tetap muda pada mencintai dua perkara, panjang umur dan cinta harta." [Hadits riwayat Muslim]

Kalau kita hendak selamat, berpegang teguh pada sunnah nabi dan sempurnakan perjanjian, kerana setiap yang berjanji itu akan di tanya.