JUMPA APA PULAK LA GAMAKNYA YA?

 

Muhyiddin tiba di Istana Negara



PETALING JAYA: Perdana Menteri Muhyiddin Yassin tiba di Istana Negara bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Kenderaan membawa Presiden Bersatu itu dilihat memasuki Pintu 1 Istana Negara pada 2.20 petang tadi.

Terdahulu, Pengerusi Jawatankuasa Bebas Darurat, Arifin Zakaria tiba di Istana Negara pada 9.45 pagi untuk menghadap Sultan Abdullah.

Sesi menghadap tersebut berlangsung selepas siri sembah maklum oleh 15 wakil ketua parti pada 9 Jun hingga 11 Jun.

Sesi menghadap itu dipercayai bagi membincangkan keadaan darurat dan langkah-langkah memerangi pandemik Covid-19.

No comments: