Ketika sela waktu yang ada, saya adakan pertemuan dengan sosok yang cukup dihormati, sahabat saya Bapak Dr. Hj. Hidayat Nur Wahid, Wakil Ketua Majlis Permusyawaratan Rakyat Republik Indonesia.
Pertemuan tadi yang terbina di atas hubungan persahabatan sekian lama cukup bermakna dan mengesankan terutama membicarakan akan perihal serumpun serta kemanusiaan.
Kami turut menyentuh berkenaan usaha pembangunan semula Gaza yang mana Malaysia memainkan peranan utama bersama-sama Jepun. Kami juga bersetuju bahawa kita punya titik temu yang cukup banyak, sekalipun ada perbezaan, ia boleh diurus dengan cermat dalam suasana muhibah.
Terima kasih Bapak Dr. Hj. Hidayat Nur Wahid, pertemuan informal sebegini tentunya mengeratkan lagi silaturrahmi dan membantu menyelesaikan banyak perkara.
Insya-Allah, sampai ketemu lagi pak !
#MalaysiaMADANI
#MADANIBekerja
#KementerianDalamNegeri
No comments:
Post a Comment