Apa itu Su-57M1 ?
Su-57M1 ni adalah versi upgrade paling lethal bagi Su-57 Felon, jet stealth generasi ke-5 pertama Russia. Kalau sebelum ni Su-57 dikritik sebab enjin interim AL-41F1 yang belum cukup stealth, Su-57M1 ni baru dikira versi "Super Felon".
Prototaip dengan enjin baru ni mula didedahkan dalam dokumentari Russia hujung 2024, dan ujian penerbangan dah masuk fasa advance.
3 Benda Baru Paling Penting untuk AL-51F-1
1. Enjin Second-Stage Yang Sebenar
Dulu kod nama dia "Izdeliye 30 / Product 30", sekarang nama rasmi AL-51F-1. Ini bukan sekadar upgrade.
20% lebih nisbah tujahan-berat (thrust-to-weight) dan 15% lebih jimat minyak berbanding enjin lama.
Boleh supercruise, terbang lebih Mach 2 tanpa perlu buka afterburner. Maknanya laju senyap, jimat minyak, dan susah dikesan IR.
Jarak tempur sampai 3,500km pada kelajuan subsonik.
2. Nozzle Flat Stealth 2D, Game Changer
Ini yang paling kecoh. Enjin asal pakai nozzle bulat. AL-51F-1 versi akhir pakai nozzle flat (non-axisymmetric) dengan flap serrated teeth.
Kenapa penting ?
Nozzle bulat memancarkan haba 360 darjah, mudah dikesan peluru berpandu IR. Nozzle flat ni kurangkan signature inframerah dan radar (RCS) secara drastik.
Masih ada thrust-vectoring, boleh belok sampai 15 darjah secara diagonal (F-22 punya menegak, Su-57 punya menyerong).
Dibina supaya muat di badan Su-57 tanpa ubah airframe banyak sangat. Harga yang dibayar : hilang tujahan 6-8% tapi Russia anggap berbaloi demi stealth.
Ujian nozzle flat ni mula lewat 2024 dan video ujian bocor mula keluar sejak 2023-2024.
3. Otak Baru - Selain enjin, Su-57M1 dapat radar AESA yang lebih baik, avionik AI, dan keupayaan kawal dron tempur S-70 Okhotnik. Flat nozzle tu pun asalnya dibangunkan untuk Okhotnik dulu.
Kenapa Kata "Near 2026 Combat Debut" ?
Russia sasarkan pengeluaran besar-besaran Su-57 dengan enjin second-stage ni bermula 2027. Tapi beberapa sumber industri kata enjin ni dah capai tahap matang dan unjuran masuk servis sebelum 2027 adalah kredibel. Jadi 2026 dilihat sebagai tahun debut tempur terhad / IOC awal.
Kenapa Indo-Pasifik Kena Risau ?
Tajuk "Indo-Pacific Power Balance Is On The Line" tu bukan hype kosong :
Saingan F-35 & J-20/J-35 : Flat nozzle ni buat Su-57M1 akhirnya boleh lawan betul-betul dengan F-22/F-35 Amerika dan J-20 China dari segi stealth belakang.
India Pusing Balik ? India yang dulu keluar projek FGFA, sekarang dilaporkan senyap-senyap bincang nak beli Su-57 off-the-shelf sebelum buat pengeluaran berlesen Su-57M1. Kalau India jadi, Pakistan dan China kena respon.
Algeria & Vietnam : Dua pembeli berpotensi di Asia Tenggara. Kalau Russia tawarkan Su-57M1 dengan AL-51F-1, ia ubah imbangan udara di Laut China Selatan.
Pendek kata, Su-57 sebelum ni dianggap "stealth separuh masak" sebab enjin dan nozzle bulat. Dengan AL-51F-1 + flat nozzle ni, baru dia jadi stealth fighter yang lengkap, laju tanpa afterburner, lebih senyap radar dan IR, dan lebih jauh.
Rujukan Bulgarian military, the aviationist, vietnam vn, defense mirror,
Oleh Salman Al Farisy
No comments:
Post a Comment