NORMAN RADZUAN
Sepanjang saya mengenali parti ini tidak pernah mereka dibenci
begitu teruk sepertimana era 70 dan 80 an dahulu. Malah pemimpin atau tokoh2
politik UMNO sendiri ramai yg menghentam hingga ke peringkat maki hamun bekas
rakan Muafakat Nasional itu. Org2 Melayu dulu yg not aware dgn PAS mula memaki
hamun parti tersebut di media sosial. Persoalan mengapa ia tiba2 sgt dibenci?
Kita tidak perlu ungkit terlalu detail kisah lama PAS dahulu.
Naik muak utk diulang2... Umno kafir skg mereka bekerjasama dgn UMNO. Dulu
sampai dikatakan “Lebih baik saya minum kopi dengan DAP daripada minum arak
dengan Umno,” . Bila berkawan dgn BN, DAP pula musuh mereka.
Dulu bila Umno bertanding, mereka suruh sokonglah wakil Melayu
daripada wakil Cina ( PH ). Tapi bila di Tg Piai calon Cina ( BN ) lawan tokoh
agama Islam ( PH ) dia suruh sokong wakil Cina... yg menariknya org Melayu
percaya.
PAS bukan hebat kerana mereka berjaya mengangkat Kelantan
menjadi negeri yg maju malah sehingga kini rakyat Kelantan mendapat bekalan
'air teh tarik'. PAS hebat kerana kedangkalan berfikir bangsa Melayu itu
sendiri.
Hikmah bila PAS diangkat menjadi sebahagian kerajaan bau tahi
parti itu telah mula dihidu oleh org Melayu. Pada PRU akn dtg adakah mampu PAS
berkempen tentang hudud, tentang pakaian pramugari, tentang kilang arak,
tentang nombor ekor??? Sdgkan 40 tahun lamanya mereka berkempen isu ini tetapi
bila menjadi kerajaan mereka membisu.
Saya yakin mereka hanya mampu berhujah di kampung2 sahaja. Sebab
isu itu tidak lagi relevan di kawasan Melayu bandar. Saya percaya PAS akn
mengubah strategi dgn menggunakan isu yg ampuh iaitu dgn menyerang DAP. Ia
adalah formula terbaik utk memperbodohkan org2 Melayu di kampung2 yg
kebanyakkan kurang pendidikan. Malah Melayu rasis di bandar juga percaya kpd
isu2 seperti ini.
Kenapa di kampung? Ia ada pelbagai faktor... pertama kurang
pendidikan, kurang pendedahan dgn bangsa lain, aliran agama yg rendah dan mudah
taksub dgn kelompok yg berkopiah dan menghafal 20-30 hadis.
Ia juga kerana inferiority complex yg terlalu tebal perlu
dikikis oleh bangsa ini utk elak dari diambil kesempatan. Begitu juga dgn
taklid buta. Org Melayu kena belajar la guna otak, jadi lebih kreatif dan
kritis. Sampai bila nak berharap kena spoon-feed dan bertongkat? Akhirnya org
politik merasa ia peluang utk diri mereka didewakan. Ye lah Ayah Pin pun tetap
ada pengikut.
Saya sendiri terkejut apabila pemimpin PAS berdiam isu perjudian
yg bertambah... mengapa mereka tidak bersuara dan mengajak umat Islam
membantah. Atau jika benar mereka berpegang kpd prinsip dgn agama Allah mereka
keluar dari kerajaan PN ini.
Kenapa bila ramai org Melayu membunuh diri mereka berdiam diri
tetapi sgt marah dgn bendera putih utk rakyat memberi signal memohon bantuan
makanan kerana kesusahan? Tak masuk diakal saya memikirkannya.
Ia sgt pelik dan bertentangan dgn agama Islam. Sudahlah tidak
mahu membantu dimarah pula rakyat memberi idea bagaimana utk membantu rakyat yg
susah. Yg peliknya yg marah sgt ini pemimpin PAS dan bukan dari parti UMNO atau
BERSATU.
Sebab itu PAS sgt diminati oleh mana2 parti. Bagi saya pengakuan
Hadi Awang PAS menjadi King Maker sebenarnya pengakuan PAS rela menjadi
tungangan mana2 parti politik asal jawatan dan kuasa mereka perolehi.
Hujahnya mudah... PAS tahu mereka tidak akn menjadi kerajaan
hingga hari kiamat. Berdasarkan pemikiran rakyat yg semakin maju, terbuka dan
diikuti keadaan demografi kaum negara PAS tahu mereka tidak akn bergerak solo.
BERSATU dan UMNO suka utk bekerjasama dgn PAS sb PAS ini umpama
di sekolah dulu kita ada kawan yg mudah dibuli. Disuruh apa sahaja dia akn
lakukan. PAS diibaratkan dlm komponen sebagai parti yg mudah dibuli.. akn ikut
sahaja apa yg dilakukan kerajaan walaupun salah.
Kalian ingat PAS diperlukan kerana kualiti pemimpinnya? Tidak sb
itulah pemimpin2 PAS diberikan kementerian yg kecil atau bukan lubuk utk
membuat duit. Jika tidak takkan lah Menteri Agama tidak diberikan kpd parti
agama (kononnya). Tapi BERSATU & UMNO tahu PAS takkan bising. Ibarat kaduk
naik junjung atau beruk dpt bunga... mcm bermimpi tiba2 jadi Menteri. Tak kisah
setakat Menteri Duta yg sekadar utk tujuan politik asal dpt gaji dan naik
kereta Menteri.
Bagi UMNO dan BERSATU... PAS diperlukan utk mendapatkan 1 juta
undi atau 17 Parlimen utk mencukupkan korum membentuk kerajaan. Selain itu
mudah utk mempengaruhi org Melayu kerana PAS akn berlebih lebihan mempertahankan
kerajaan yg disokongnya ibarat lebih sudu dari kuah dgn segala ayat suci
digunakan.
PH PERLUKAN 10-15 TAHUN LAGI
Kenapa PH gagal? Gagal dlm konteks numbers bukan gagal sebagai
kerajaan yg baik. Berjaya kerana berjaya mengubah masyarakat Malaysia dan
sebilangan kecil Melayu utk memahami konsep demokrasi dan meleraikan sikap
perkauman buruk org Melayu.
Gagal kerana sikap org Melayu dan strategi politik yg tidak
betul. Sikap org Melayu yg mudah taklid buta dan sikap rasis yg ditanamkan oleh
pemimpin2 politik.
Kedua kegagalan PH kerana dua pasukannya semuanya mahu menjadi
penyerang. PKR bagi saya parti itu telah berjaya mengubah minda Melayu kelompok
intelektual yg ramai di kawasan2 bandar. Isu korupsi, kronisme, bail-out,
ekonomi, law, hak2 asasi dan pelbagai lagi mudah difahami kerana pendidikan
masyarakat bandar.
DAP pula telah berjaya mengisi kekosongan mengimbangi kaum dari
kelompok bangsa Cina dan India. Sejak bersama DS Anwar bangsa Cina telah
beralih dari MCA kpd DAP secara drastik dlm tempoh 20 tahun.
Malangnya Amanah gagal utk mengambil posisi PAS. Amanah dilihat
lebih fokus kpd Melayu intelektual di bandar. Sepatutnya parti itu tumpukan kpd
masyarakat Melayu luar bandar. Mainkan isu org kampung suka. Betulkan persepsi
buruk dan ketaksuban org Melayu dan perlu bersabar mendapat resultnya dlm
tempoh 15 tahun dari penubuhannya.
Bukannya sibuk bekerjasama dgn Tun. Ia ibarat bermain skim cepat
kaya. Usaha mahu kejayaan dlm sekelip mata. Tapi malangnya niat ramai penulis2
seperti saya disalah fahamkan oleh Amanah yg akhirnya PH tidak solid seperti
sebelum PRU 14 lalu.
Belum terlambat utk PH perbetulkan ketempangan ini. Org Melayu
makin lama makin ramai yg bijak. Insyallah. PH perlukan 10 tahun lagi utk
menguasai 55% org Melayu utk berubah dari dipergunakan kelompok kleptopkrasi.
Utk PRU.. PRU15 ini PH berpotensi menang berdasarkan kpd kemarahan org Melayu
kpd PN ketika ini.
Bagusnya PH walaupun bergelar pembangkang atau kerajaan mereka
tidak memainkan isu perkauman. Ia sikap bertanggungjawab wajar terpuji utk
keharmonian negara. Tapi sayang dlm Malaysia persepsi memainkan peranan penting
dlm menentukan kemenangan.