POSTING BARUA UMNO YANG PATUT DIBACA


Nak gadoh macamana lagi, Pemimpin korup tunggu masa nak masuk jel. Sebut nama pimpinan UMno, semua ada kes, tak kira kecik besaq, semua macam hawaq, jadi hang cakap la apa pun, parti hang hampir nak pupus . Sebab apa, nak bagi penuh dewan pun kena jemput masuk...kah.kah..kah..


PERHIMPUNAN AGUNG UMNO MEMBOSANKAN
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, tersenyum

Kita selaku orang UMNO perlu akui yang perhimpunan kita adalah perhimpunan yang membosankan.
Iya lah, mana tak bosannya. Perhimpunan yang dilakukan lebih 70kali di tempat yang sama membincangkan perkara yang sama.

Setiap tahun kita akan membincang, memperingat & mencadang perkara -perkara berkaitan survival orang Melayu serta Agama Islam dalam keadaan yang teratur serta tertib.
Kita orang UMNO perlu berubah. Kita patut mencontohi parti terbesar kerajaan hari ini bersidang.
Kita patut masukkan acara seperti baling kerusi setiap kali pemilihan kita.
Kita juga patut mewajibkan acara tinju dan capoera sebelum masuk ke dewan bersidang.
Sebarang perbezaan pendapat jangan diselesaikan secara aman, kita selesaikan dengan pergaduhan. Baru lah best 👍
Ini bukan saja akan menjadikan perhimpunan-perhimpunan kita lebih menarik malah akan menjadikan perhimpunan kita tumpuan rakyat.
Rakyat akan lebih terhibur dengan acara-acara ini berbanding hanya mendengar pembentang-pembentang bercakap.
Rakyat khususnya orang Melayu tidak mahu mendengar apa permasalahan mereka & cara menyelesaikannya.
Rakyat khususnya orang Melayu tidak mahu mendengar peringatan-peringatan akan ancaman terhadap survival anak cucu mereka.
Rakyat khususnya orang Melayu dah muak mendengar cadangan-cadangan untuk mempertahankan serta memperkukuhkan benteng terakhir Melayu & Islam di negara ini..
Jadi UMNO jika ingin kekal relevan di dalam arus politik negara harus berani melakukan perubahan ini.
Jika tidak, UMNO hanya akan jadi parti yang ketinggalan zaman berbanding parti kerajaan memerintah hari ini.
MOHD SHUKRY BIN ROSLAN
No Ahli UMNO: 03574772

No comments: