5 agenda tubuh GERAK 98
Penubuhan GERAK98 antaranya adalah.
1. Perkukuhkan Parti dan jentera serta Ahli
2. Kembalikan semangat REFORMASI serta kekuatan parti dengan program program serta perjumpaan pejuang asal melalui GERAK98.
3. Menjadi benteng serta barisan hadapan untuk menempis serangan dan rancangan KARTEL dalam masa yang sama menjadikan mereka semakin takut dan lemah dengan program penerangan dari GERAK98.
4. Membina semula semangat juang dan Semangat REFORMASI pada semua golongan agar semangat itu terus subur dan membiak dalam jiwa pejuang terutama generasi muda yang semakin dijarakkan mungkin kerana terlepas pandang atau ada yang terleka.
5. Menolak perbezaan dan berbalik kepada semangat 1998 demi sebuah perjuangan dan membuka kembali pintu kepada mereka terutama bekas Pimpinan yang ternyata mampu membawa gelombang kebangkitan semua semangat Rakyat untuk parti dan Negara.
Ini antara semangat GERAK98 yang kita semua bawa
Maka tidak ada sebab dan alasan untuk Parti menangguhkan penerimaan semula Dato’ Ezam kedalam parti.