PN dah mula bergaduh?
Kredit: ariff kadir al-katami
Nampaknya pepuak PN dah mula bergaduh.
Bersatu dok kutuk UMNO. UMNO dok tunggu PRU15 nak buli Bersatu. Dalam diam pepuak PAS lak tak percaya UMNO. Pada masa sama juga pepuak PAS tak nak terima MCA tapi pepuak UMNO terima MCA. Terkini, pepuak PAS tak selesa bila Gerakan mula menempel kt PN. Tu semua mengundang perpecahan dalam PN.
Tu belum bab calon PM lagi. UMNO tak nak Muhyiddin. PAS tak kisah janji dapat jawatan. Bila bahagi kerusi nanti, lagi gaduh besar. Di sini nanti kita tengok PAS sailang UMNO, UMNO sabotaj PAS, Bersatu duduk tepi. Nak bertanding guna logo siapa pun tak tau. Yelah, PN tak berdaftar dgn ROS. MN pun sama. Jawabnya PRU15 nanti sama mcm PRU14 bilamana PAS guna logo PAS, BN logo BN dan PH logo PH.
Undi Melayu kekal berpecah, undi bukan Melayu solid dgn PH. Cuma perlu swing dalam 10% undi Melayu aje. Kelantan kekal milik PAS, Terengganu BN rampas, Pantai Barat PH pegang. Wallahua’lam.