PN, PH peluang sama rata PRU 15
Kredit: mohd shah rim
Pilihanraya ke-15 yang dijangka September ini, adalah terbuka kepada semua parti atau gabungan politik dinegara ini, Tidak benar UMNO/PAS akan menang, kerana isu yang melanda gabungan itu amat sukar dipersetujui di meja rundingan… Ibarat menutup bangkai dgn daun pisang… Akhirnya busuknya terhidu juga…
PH mempunyai peluang yang sama jika pilihanraya dilangsungkan kerana banyak parti politik khasnya melibatkan parti Melayu dijangka akan turut masuk gelanggang. Mungkin di sesetengah kawasan dominan Melayu, PH akan ketinggalan tapi mendapat kelebihan di kawasan yang lain khasnya di negeri Pantai Barat.
Terlalu banyak isu besar yang boleh dijadikan input kempen PH, kelemahan PAS semasa dalam kerajaan juga salah satunya… Janji selesaikan isu air yang sentiasa berubah ubah dari 2020, 2025, 2030 sehingga 40 tahun perlu digunakan sebaiknya oleh PH khasnya di Kelantan…
Apa yang penting sekarang, PH perlu mengemaskan jentera komunikasi selain jentera pilihanraya, memandangkan kini DS Anwar Ibrahim yang bakal mengemudi PH, jangan terkejut jika PH menang dgn mandat besar pada PRU ke-15 nanti…
In Shaa Allah…