ADAKAH PAS MAHU MEMPERSOALKAN PERANAN PDRM?

Imej mungkin mengandungi: 2 orang, teks



MD ZULAIMI KAZIM


Bila Pas kembali bersikap terbuka, peluang melebarkan pengaruh juga terbuka. Pada mulanya saya melihat pihak PH kena bekerja keras khususnya Amanah yg jadi pesaing "1 to 1" dengan Pas. Mungkin atas sebab ini sebahagian pemimpin Amanah melihat beban yang besar untuk menang PRU15 nanti.

Tetapi dengan sikap terbukanya Pas sampai boleh menerima perasuah dan parti perkauman cina seperti MCA itu memberi kesan besar kepada imej Pas.

Pas juga tersepit dengan isu-isu yang dijuarakan mereka seperti isu Sajat, Adib, BMF dan anti cina. Mereka terpalit dengan parti rasuah yang jadi sahabat juang mereka, apakah ada Nas untuk menerima perbuatan rasuah? Rompak wang negara? Kalau ada nas, Pas akan selamat berdepan dengan orang melayu.

Melihat kpd keterbukaan luarbiasa Pas, pendokong Pas tiada masalah menerima calon UMNO dan sedia bekerja keras memenangkan calon Umno manakala pengundi golongan pertengahan akan melihat Pas telah mengorbankan prinsip dan Pas hanya sebuah parti politik sama juga dengan parti-parti lain hanya ingin kepada kuasa semata-mata tapi dasar perjuangan boleh dibuang begitu sahaja. Hal ini juga berjangkit kepada adik bongsu Pas iaitu Amanah juga sibuk menghitung kuasa, prinsip hanya tinggal dalam pen drive.



No comments: