KENAPA PERLU BERGAYUT LAGI -SEJAUH MANA BERSATU BOLEH HIDUP LAMA

HAMDAN TAHA

Apabila DAP dan AMANAH juga WARISAN masih bergantung harapan dengan Dr Mahathir maka mereka apa keadaan pun akan bergayut dengan kononnya kekuatan extra Dr m....dan mereka sendiri merasakan Anwar Ibrahim tidak akan mampu menjadi PM Malaysia....
Maka bagi saya jika ada pemikiran begitu itu tanda PH akan berdepan dengan gabungan yang lemah sama ada sekarang mahu pun menghadapi pru ke 15. Tetapi PKR boleh mulakan dengan strateji dan pendekatan baru untuk berdepan pru ke 15 dan 16....
Di dalam PN pula jika ada ramai pimpinan Pas dan Umno merasakan TSMY dan Azmin Ali adalah tokoh extra yang ada faktor x dan boleh menyebabkan umno dan Pas menjadi kerajaan sehingga selepas pru ke 15 maka Pas dan Umno sendiri merasakan mereka lemah dan tidak punya kekuatan. Maka ini akan melemahkan Umno secara keseluruhan dan mereka menjadi parti yang bergayut ke dahan yang sangat rapuh. Sebenarnya umno lah yang menjadi dahan dan TSMY dan Azmin yang menjadi daun derduit yang menjalar menumpang di dahan dahan yang kukuh....sehingga ada dahan yang menjadi reput apabila pokok derduit atau parasit menumpang dan memakan zat zat yang ada di dahan tersebut....sedar sedar dahan itu mati dan jatuh...tapi pokok yang menumpang terus hidup dengan mencari dahan dan pokok yang baru....
Ye jika PRU berlaku sebulan dua lagi Umno Pas dan Bersatu perlu bersama dan saling bergantung sesama sendiri. Itu pun sebenarnya hanya untuk memberi ruang kepada TSMY terus menjadi PM kerana kononya sekarang ini rakyat telah jatuh cinta kepadanya....tapi bukan kepada Azmin Ali atau pun ahli parlimen Bersatu yang lainnya....bagi saya hanya terpakai kepada TSMY sahaja....itu pun jika kajian itu betul....bagi saya bukan kerana TSMY tetapi kerana pengalaman rakyat kepada kerajaan PH yang Tun Dr M telah berjaya merosakkan imejnya....dan rakyat kehilangan kepercayaan kepada PH....itu pun orang Melayu sahaja....Melayu yang mana...Melayu yang ada dalam Pas dan Umno...Melayu yang ada dalam PKR...Amanah tetap juga tidak percaya kepada PN....
Kekuatan PN bukan kepada TSMY tetapi kepada penyatuan Pas dan Umno itu sebenarnya. Jika TSMY masih bersama PH pun jika ada PRU belum tentu dia boleh menang di Pagoh jika dia berdepan dengan MN. Yang nampak kuat sekarang ini ialah usaha mengadakan pertandingan satu lawan satu....Pas dan Umno menjadi satu....maka kawasan Melayu akan menjadi kuat....itu sebenarnya....Bersatu hanya penumpang sahaja...apakah PEJA kali ini boleh menang jika dia bertanding mengunakan lambang Bersatu...dan bertembung dengan MN dan PKR di DUN Chenderiang dan parlimen Tambun....silakan jika yakin boleh menang...
Tapi jika PN boleh berunding baik baik dan bersepakat bersama tidak meminta kerusi melampau dan TSMY tidak terlalu mempertahankan rakan rakan lompat beliau saya yakin ianya lebih kuat dan mantap...tapi tak boleh lah minta sampai 50 kerusi...jika 50 Bersatu dah ambil....dan guna pula kekuatan Umno dan Pas.....maka lepas pru ke 15 Bersatu lah yang akan kuat dan Umno juga Pas alruyupppp lah nampak gayanya....kerana 50 kerusi yang Bersatu minta semua ada potensi menang semua....kerana sokongan MN....
Jadi pokok pangkalnya berganding bahu....sekarang ini PH pun berpecah belah...PN juga sama sebenarnya tetapi terikat dengan kuasa....PN sekarang ini sama 100 peratus seperti Pakatan Rakyat Selangor di zaman sebelum PRU ke 14. Kerajaan sama tapi Pas dan DAP dan PKR dan Amanah tak bersama....tapi dalam kerajaan bersama cium mulut....umum jer pru ke 14 masing masing dengan haluan masing masing....
Tapi jika pru tiga tahun lagi TSMY dan Haji Hadi dan Tun dr M atau pun Anwar Ibrahim entahkan ada atau tidak pun kita tak tahu....yang pasti Najib dan Zahid kemungkinan untuk berehat itu ada kemunkinan....hanya Allah yang mengetahui.....



No comments: