111-109ARLIMEN MULA BERSIDANG HARI INI, TETAPI ADA KALANGAN PEMIMPIN POLITIK MULA MENUNJUKKAN KEBODOHAN TENTANG SISTEM PARLIMEN WESTMINSTER.



Usul kontroversi yang akan dibentangkan adalah pemecatan dan penggantian Speaker Dewan Rakyat. Di kedua-dua belah pihak sudah ada yang berhujah bahawa kegagalan Perikatan Nasional menukar Speaker adalah satu bentuk undi tidak percaya, sementara kejayaannya pula adalah satu bentuk undi percaya terhadap Muhyiddin Yassin dan kabinetnya.

Dalam persidangan Dewan Rakyat, sebenarnya undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri mengikut Konvensyen Westminster hanya boleh berlaku dalam lima keadaan:

1. Kegagalan mendapat kelulusan dalam usul pembekalan/pembekalan tambahan (ini termasuk pakej rangsangan).

2. Kegagalan mendapat kelulusan dalam pembentangan Bajet Tahunan.

3. Kegagalan mendapat kelulusan dalam usul menjunjung Titah DiRaja.

4. Kegagalan mendapat kelulusan dalam usul undi percaya terhadap Perdana Menteri, atau kejayaan mendapat kelulusan dalam usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri.

5. Kerajaan sendiri menggerakkan usul mempersoalkan kepercayaan terhadap seorang Perdana Menteri dan disokong oleh ahli Dewan Rakyat.

Nyatanya hal pemecatan dan perlantikan Speaker tidak termasuk dalam Konvensyen Kepercayaan Westminster. Tetapi usul menjunjung Titah DiRaja dan usul pembekalan tambahan (pakej ransangan Covid-19) sepatutnya ada dalam sidang kali ini.

Zukri Aksah
Ketua Komunikasi Nasional
GERAK98

#akukeadilan #kamikeadilan #neoreformia #lawantetaplawan #keadilan21tahun #dsai4pm #reformasi98 #gerakanreformasi98 #GERAK98
Anwar Ibrahim Dr Wan Azizah Wan Ismail Mohamad Ezam Nor
Parti Keadilan Rakyat Pakatan Harapan

No comments: