Elok lantik Tony Fernandes menteri agama?
Ipohmali
MUNGKIN MASANYA LANTIK TONY FERNANDES SEBAGAI MENTERI AGAMA.. MUNGKIN BOLEH RAPATKAN SAF SEPERTI PENERBANGAN AIR ASIA..
1- Aku takda masalah untuk Masjid untuk terus mengekalkan SOP, Hatta wilayah yang sudah capai hampir 100% vaksinasi seperti Putrajaya.. Tetapi sesuatu peraturan dan Undang Undang harus menggunakan timbangan dan Mizan yang sama.. Tak kira dalam urusan Ibadah mahupun Riadah..Inilah Takrif Adil..
2- Malangnya minggu lepas, Dalam keadaan solat berjarak, ruang masjid yang luas, Jemaah dinafikan hak mereka untuk Solat Jumaat semata mata mempertahankan SOP biarpun boleh ada pertimbangan manusia melihatkan hanya beberapa jemaah yg menunggu giliran.. Lebih menghairankan ada Tok Imam yang bersunguh sungguh mempertahankan SOP Kerajaan tanpa rasa bersalah menafikan hak untuk Solat kepada Jemaah yang lain..
3- Dalam menghadapi wabak ini, Ukuran atas sesuatu Mudharat itu diukur pada kadarnya, Dalam pertimbangan perubatan, harus melihat kepada dapatan data dan Sains, Jika ruang pelancongan dibuka seluasnya tanpa ada pematuhan SOP hatta dalam Penerbangan, Apa bezanya dengan kedudukan Jemaah dalam Masjid lebih lebih lagi kawasan beresiko rendah dan vaksinasi tinggi seperti Putrajaya..
4- Aku geleng kepala melihat keadaan penumpang Airasia bersempit sempit tanpa ada jarak, Dengan Keadaan pengudaraan tertutup, Dalam keadaan rapat di dalam Penerbangan Airasia yang menelan masa perjalanan 1-2 Jam, Tetapi Solat Jumaat yang berjarak, mematuhi SOP Vaksinasi dan luas, untuk merapatkan Saf mereka..Mereka dinafikan..
5- Kita kena faham, Tujuan kita hanya menghidarkan Mudharat wabak Covid-19.. dan situasi dikampung tak boleh disamakan dengan dengan Bandar..Situasi di Zon Hijau tak boleh disamakan dengan Zon Merah, Kaedah mesti berbeza mengikut ukuran dan kadar Mudharatnya ..Tetapi setiap sektor seharusnya ukuran dan timbangan, Mizan yg digunakan adalah sama..
Sepertimana Kaedah Fiqh menyebut..
ما ابيح للضرورة يقدر بقدرها..
” Apa yang dibolehkan kerana dharurat maka ianya diukur menurut kadar kemudaratannya…”
6- Hari ini membaca status sahabat di Kelantan, Mereka bersyukur sudah boleh solat Jumaat 40 Jemaah, Jumlahnya jauh lebih rendah dari penumpang satu penerbangan Air Asia ke Langkawi, Bayangkan ini berlaku zaman PH, Sudah pasti Ustaz PAS akan bingkas bangun di mimbar kuliah dan Khutbah mengatakan Islam di pijak di bumi sendiri, ianya agenda Kuffar dan Komunis.. hari ini mereka diam membisu..
7- Kalau Begitu keadaannya, Mungkin ada baiknya Tony Fernandes dilantik sebagai Menteri Agama.. Setidaknya dah boleh Solat Rapat sebagaimana dilakukan Tony Fernandes tak sampai 5 hari sektor pelancongan dibuka.. Ustaz Deris mesti setuju.. 🙂