KERJA MUDAH. BUANG SAMPAH DALAM PARIT

 






Pekerja Sub Kon Ambil Mudah, Buang Sampah Ke Dalam Parit Saliran.

Saya dapat tangkap 2 orang pekerja sub kontraktor yang membuang bungkusan sampah ke dalam parit saliran.

Bila ditanya, pekerja Bangla ini bagi tahu, mereka bekerja dengan DBI (sub kontraktor kepada syarikat pembersihan) yang dilantik pihak DBI. Alasan yang diberi, tiada lori yang angkut sampah. Tiada sebarang kompromi jika jelas melakukan kesalahan terutamanya pembuangan sampah ke dalam parit atau anak sungai yang boleh mengganggu kelancaran aliran air.

Saya amat berharap pihak PBT dapat memantau kualiti kerja pihak kontraktor pembersihan yang dilantik.

Saya tidak berniat untuk menyalahkan pihak DBI kerana ini diluar kawalan mereka tetapi sikap ambil mudah syarikat tersebut menyebabkan usaha DBI dalam memastikan kebersihan alam sekitar terjaga akan terjejas dan berharap perkara ini tidak berulang.

#negaraRahmah

#KhidmatKpdRakyat

Lokasi : Jalan Tambun berhampiran Shell & Tanah Perkuburan Kristian yang kerap berlaku banjir kilat.

 

No comments: