SURAT TERBUKA untuk Perdana Menteri

 

YAB Perdana MENTERI,

LEGASI, MALAYSIA dan RAJA-RAJA

Sesungguhnya dengan hati yang berat saya membawakann perkhabaran buruk ini. Perkhabaran ini terkait dengan prestasi anda yang sangat mengecewakan dan meruntuhkan legasi anda, mengancam kelangsungan negara Malaysia serta menghakis keyakinan rakyat terhadap institusi raja.

Saya mengutus surat ini atas kapasiti individu dan bukan sebagai seoorang Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Sg Pelek, malah sama sekali tidak mewakili pandangan DAP. Pandangan saya adalah cerminan dan mewakili perasaan, kebimbangan dan kesukaran ramai rakyat di kampung, peniaga kecil, ahli korporat dan profesional dari perlbagai latar belakang di sepanjang tempoh pandemik covid ini.

Anda secara terbuka menyebut bahawa ramai yang telah mengelar anda sebagai “BODOH” dan anda pasrah dengannya. Secara peribadi saya tidak percaya anda “BODOH” kerana anda telah berjaya memperdaya Tun Mahathir untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. Anda berjaya bergelut dan meloloskan diri untuk naik ke atas. Dalam proses itu anda telah mengkhianati sahabat di dalam PH, yang mana itu jelas memaparkan sisi buruk integriti anda. Untuk kekal berkuasa, anda perlukan “kawan” yang anda umpan dengan jawatan kabinet dan GLC. Natijahnya anda membina sebuah kabinet terbesar di dunia berbanding dengan bilangan penduduk dan GDP, lebih besar daripada China, USA dan Jepun. Sudah tentu dengan mengorbankan kantung negara.

Anda kini berhadapan dengan dilema dan terperangkap dengan kemelut yang anda reka sendiri. Walau pun anda bijak dan tidak bodoh, anda dikurniakan dengan kemahiran berpolitik, tikam belakang, pengkhianatan dan taktik jahat untuk naik ke atas.

Dalam bahasa mudah pengurusan, anda telah menunjukkan KETIDAKCEKAPAN. Sebagai Perdana Menteri anda tersalah memiliki kemahiran untuk memacu Malaysia ke hadapan.

Suka saya menganjurkan supaya semasa FMCO ini anda membaca buku “Peter’s Principles”. Secara asasnya buku ini memperjelaskan beberapa prinsip untuk mendaki tangga korporat, hiraki politik mahupun perkhidmatan awam. Satu daripadanya – seseorang boleh sahaja dipromosi atau dipilih seperti Trump, berdasarkan tahap KETIDAKCEKAPANnya. Sebabnya ialah setiap orang memiliki set kemahiran yang berbeza untuk sesuatu tugas. Sebagai contoh – seorang jurujual boleh menjual dengan baik namun sebaik sahaja dia diangkat menjadi PENGARAH pemasaran dia perlu mengurus orang, merangka strategi pemasaran, belanjawan dan lain-lain. Pendeknya dia akan gagal kerana dia tidak memiliki kemahiran yang diperlukan untuk tugasan yang lebih tinggi. Samalah juga dengan anda, anda telah GAGAL segagal-gagalnya kerana tidak memiliki kemahiran yang diperlukan sebagai seorang Perdana Menteri.

Anda dilantik sebagai seorang BOSS – seorang boss akan mempergunakan orang dan itulah sebabnya anda memiliki saiz kabinet terbesar di dunia. Anda mengakui bahawa anda bukan Perdana Menteri yang diberi mandat dalam PRU 2018.

Anda BUKAN seorang PEMIMPIN kerana seorang pemimpin melihat kebaikan dalam setiap orang, memberi inspirasi dan menambah baik kehidupan rakyat. Anda tiada VISI untuk negara ini. Sejak Hari Pertama, Tunku menyeru, sekiranya kita bersatu kita mampu melakar masa depan, dan berada di persada dunia,dan menjadi contoh kejayaaan untuk diteladani oleh negara lain. Anda, dan anggota kabinet anda BUKAN pembina negara, tetapi hampir semuanya, kalau tidak semua, adalah oportunis. Agenda membina negara adalah asing bagi mereka.

Anda telah GAGAL dan mengecewakan kami - Perpaduan, Ekonomi, Pandemik Covid

1.0 PERPADUAN

1.1 Ketika Malaya dibentuk kabinet kita adalah sebuah kabinet pelbagai kaum dan kelompok minoriti berada di dalamnya memegang jawatan penting.

1.2 Anda berbangga dengan kerajaan Melayu-Islam yang meminggirkan sumbangan kelompok minoriti.

1.3 Kenyataan anda “Saya pertamanya Melayu, keduanya rakyat Malaysia” tidak memberi keyakinan bahawa anda akan berlaku adil kepada kelompok minoriiti.

1.4 Sebagai sebuah negara penganut Islam yang terbesar di dunia, Indonesia bersifat pluralistik di bawah Pancasila, prinsip-prisip yang diangkat dalam Rukun Negara.

2.0 EKONOMI

2.1 Di bawah pentadbiran anda, FDI kita telah menurun malah Hyundai telah memindahkan kilangnya pemasangannya. Google dan Amazon memilih melabur berbilion-bilion di Indonesia. Syarikat berteknologi tinggi seperti Dyson yang mengeluarkan kereta elektrik, BioN dari German pula akan melabur di Singapura. Kita terpinggir kerana kita telah hilang daya saing kepada negara ASEAN yang lain disebabkan oleh sikap flip flop anda dan kepimpinan U-turn yang menjengkelkan.

3.0 KEGAGALAN MENGURUS PANDEMIK COVID

3.1 Kami boleh menerbitkan sebuah kompilasi buku “Sebuah Komedi Kegagalan Mengurus Pandemik Covid oleh Kerajaan Pintu Belakang” – suatu pengalaman yang tidak dipelajari di Harvard.

3.2 Negara ini SATU-SATUnya negara di dunia yang telah mengisytiharkan Ordinan Darurat yang menggantung Parlimen seperti yang berlaku semasa perang.

3.3 Menambah luka di parut, sehingga 10 Jun 2021, jumlah jangkitan telah naik berganda kepada 639,562 kes positif dengan 3,684 kematian.

3.4 SOP??? PKP1, PKP2, PKP3, PKPD. Ini semua tidak lebih seperti sebuah komedi. KL adalah sebuah wilayah yang dipisahkan dari Selangor. Sebagai contoh Taman Tun Dr Ismail adalah di dalam Kuala Lumpur di seberang jalannya ialah Petaling Jaya, One Utama sebuat pusat membeli belah keempat terbesar didunia. Sempadan dearah tidak ditandai dengan jelas. Sesiapa pun dengan logika akal akan mengenakan had 10km dari kediamannya. Gunakan Google Map pun boleh.

3.5 KETELUSAN DAN KEKECOHAN PEMBERIAN VAKSIN

L

3.5.1 Walau pun MySejahtera adalah satu idea yang bijak, ia gagal berfungsi seperti yang diharapkan disebabkan serbuan orang ramai untuk mendapatkan temujanji seiringan dengan peningkatan bilangan jangkitan. Aplikasi MySejantera kerap tergendala.

3.5.2 Warga emas (suami isteri) terpisah dan diarahkan ke pusat vaksinasi berbeza yang jauh dari kediaman; pertukaran tempat di saat akhir; kesesakan dan sebagainya.

3.5.3 Seramai 8,000 pengamal perubatan persendirian menawarkan untuk menjadi sebahagian daripadda “khidmat untuk negara” dilayan secara endah tak endah oleh KKM. Secara kasar sekiranya seorang doktor dapat memberikan 20 vaksin sehari, kita dapat menyelesaikan 160,000 kes sehari.

3.5.4 Harga perolehan vaksin telah menjadi “rahsia negara” dan menimbulkan banyak keraguan dan kekeliruan.

3.5.5 Mendengar pengumuman harga vaksin yang dibayar oleh kerajaan Belgium, rakyat Malaysia bingung kenapa kita membayar dengar harga yang lebih mahal.

3.5.6 Apabila seorang dermawan dari Hong Kong ingin menderma dua juta dos vaksin Sinovac, rakyat terkejut kenapa harga dua dos yang dibeli oleh kerajaan seperti yang dilaporkan melalui media sosial ialah sebanyak RM380 sedang penderma dari Hong Kong boleh mendapatkannya pada harga yang empat kali lebih murah. Rakyat Malaysia berhak untuk tahu kebenarannya.

3.5.7 Kenapa vaksin Sinopharm diluluskan oleh WHO tetapi tidak oleh Malaysia?

3.5.8 Peliknya, vaksin Sinovac telah diluluskan di Malaysia sebelum WHO meluluskannya pada 1 Jun

3.5.9 Apa perlunya mengadakan Pusat Pemberian Vaksin Mega dengan masalah penjarakan fizikalnya apabila kita ada 8,000 pengamal perubatan persendirian? Di UK klinik dan farmasi persendirian diajak membantu memberi vaksin. Sehingga 2 Jun 2021 di UK sekurang-kurangnya 60% penduduk telah mendapat suntikan pertama dan sekurang-kurangnya 40% telah selesai mendapat dua suntikan.

3.5.10 Hospital swasta dan kerajaan negeri seperti di Selangor, Pulau Pinang dan Sarawak mahu membeli terus dari China, kenapakah terdapat proses birokrasi yang menyusahkan.

4.0 LANGKAH KEHADAPAN

4.1 Saya dengan rendah diri memohon YAB Tan Sri supaya meletak jawatan kerana rakyat sedang kelaparan, marah kerana kehilangan kerja, bersedih dengan pemergian orang tersayang dan dicengkam masalah kewangan.

4.2 Situasi ketika ini sangat tidak menentu dan mungkin mengakibat ketidakstabilan negara.

4.3 Anda mesti meletak jawatan untuk memelihara LEGASI anda, MASA DEPA MALAYSIA dan INSTITUSI BERAJA yang merupakan asas Perlembagaan negara

4.4 LEGASI

4.4.1 Prestasi anda yang sangat mengecewakan telah menobatkan anda sebagai Perdana Menteri terburuk dan akan menjadi lebih buruk sekiranya ia diteruskan.

4.4.2 Percayalah prestasi buruk itu bukanlah cerminan keupayaan anda tetapi lebih kepada kedudukan anda pada tahap ketidakmampuan yang memerlukan set kemahiran yang anda tidak dilatih. Bekas Perdana Menteri Tun Mahathir adalah seorang lagi contoh klasik seorang yang diangkat bukan pada tahap kemahirannya.

4.4.3 Anda boleh menyelamatkan imej anda yang telah tercalar itu dengan melakukan tindakan terhormat iaitu meletak jawatan dan memberi peluang kepada DYMM YDPA melantik seorang Ahli Parlimen lain yang mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat.

4.4.4 Anda sangat mengetahui siapa yang telah dinamakan sebagai bakal pengganti Tun Mahathir dan diketahui umum bahawa DSAI telah mengumumkan bahawa beliau telah memiliki bilangan sokongan yang mencukupi di Parlimen

4.5 MALAYSIA

4.5.1 Anda harus menyedari bahawa kebangkitan rakyat yang sedang menderita kerana kehilangan kerja, kewangan yang meruncing, kehilangan orang tersayang boleh memuncak kepada keganasan dan pergolakan.

4.5.2 Anda patut tahu bahawa politik yang mempergunakan kaum dan agama adalah sebatian letupan yang sangat bahaya. Ditambah dengan situasi kejatuhan ekonomi kita perlu mengekalkan ikatan dan hubungan kaum dan keharmonian antara agama. Ini tidak boleh sama sekali dikompromikan oleh gerombolan yang sedang marah.

4.6 INSTITUSI BERAJA

4.6.1 Sangat perlu ditekankan bahawa institusi beraja di Malaysia adalah tiang yang perlu sentiasa dipertahankan walau dengan apa sekali pun.

4.6.2 Prestasi anda yang mengecewakan sebagai Perdana Menteri mungkin menyebabkan hilang rasa hormat dan kemurkaan institusi beraja terhadap tugas murni kita untuk memeliharanya dan mengembalikan KEYAKINAN dan KESETIAAN rakyat kepada INSTITUSI BERAJA yang disanjungi.

Saya berdoa dan berharap YAB akan melakukan tindakan dan pengorbanan terpuji dengan melepaskan jawatan untuk kepentingan negara. Tindakan mulia ini akan terpahat di hati seluruh rakyat Malaysia dan legasi anda akan ditandai dengan pengorbanan tertinggi yang sentiasa diingati.

Yang tulus ikhlas,

RONNIE LIU

Mewakilli rakyat yang sedang menderita.

10.06.2021

 

No comments: