PRN Johor ditetapkan 11 Julai, Negeri Sembilan 1 Ogos

 


PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan diadakan secara berasingan.

Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun, berkata bagi PRN Johor, hari penamaan calon ditetapkan pada 27 Jun ini, manakala hari mengundi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai.

Katanya, bagi PRN Negeri Sembilan, hari penamaan calon ditetapkan pada 18 Julai manakala hari mengundi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos.

"Tempoh berkempen ditetapkan 14 hari bermula selepas pengisytiharan calon-calon yang bertanding pada 27 Jun 2026 (Sabtu) sehingga jam 11.59 malam, 10 Julai 2026 (Jumaat) bagi PRU Dewan Negeri Johor Ke-16.

No comments: