Sebanyak RM600,000 diperlukan bagi melaksanakan operasi merobohkan sebuah bangunan empat tingkat yang dibina secara tidak sah oleh komuniti Rohingya di kawasan Sungai Tekali, Hulu Langat.
Ahli Parlimen Hulu Langat, Mohd Sany Hamzan memaklumkan kertas kerja berkaitan perobohan telah dibawa ke Majlis Tindakan Ekonomi Selangor dan kini sedang menunggu peruntukan daripada kerajaan negeri sebelum tindakan lanjut dapat dilaksanakan.
#ohmedia #trending #ej

No comments:
Post a Comment