Malaysia news.
Presiden PAS, Tan Sri Hj Abd Hadi Awang dijadual merasmikan Konvensyen RESET yang akan berlangsung di Tanah Merah, Kelantan pada Sabtu.
Perkara itu diumumkan oleh Setiausaha Politik kepada Presiden PAS, , yang memaklumkan bahawa Abdul Hadi menerima jemputan daripada dan bersetuju menghadiri program berkenaan.
Menurut beliau, selain konvensyen tersebut, satu lagi program penting turut berlangsung di Negeri Sembilan apabila Timbalan Presiden PAS, Dato Tuan Ibrahim Tuan Man dijadual menerima penyertaan lebih 10 tokoh daripada pelbagai latar belakang profesional, korporat dan pentadbiran ke dalam PAS.
Mohd Syahir berkata, perkembangan itu berlaku ketika PAS sedang mengadakan mesyuarat agung kawasan di seluruh negara dengan pertambahan keahlian dan cawangan yang berterusan.
Beliau turut memaklumkan bahawa perkembangan institusi pendidikan PAS seperti PASTI dan SRITI serta pelaksanaan pelbagai program kebajikan menjadi antara faktor yang terus mengukuhkan gerakan parti itu di peringkat akar umbi.

No comments:
Post a Comment