Kerajaan Ambil Tindakan Tegas Isu Kebanjiran Pelarian Rohingya – PM Anwar

 


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hadir bagi menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Hidayah, Sentul Pasar, Kuala Lumpur pada 12 Jun 2026. Foto Suleha

KUALA LUMPUR, 12 Jun – Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap pelarian Rohingnya yang didapati melanggar undang-undang dan peraturan negara termasuk dalam hal berkaitan perniagaan serta pembinaan bangunan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, isu kebanjiran penduduk Rohingnya sudah dibincangkan dengan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam mesyuarat Jemaah Menteri, hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hadir bagi menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Hidayah, Sentul Pasar, Kuala Lumpur pada 12 Jun 2026. Foto Suleha

“Nasihat kepada rakyat Myanmar, khususnya, Rohingya, mereka juga harus patuh kepada peraturan yang ada dalam negara kita. Bangunannya, perniagaannya mesti mengikut peraturan.

“Kita juga akan bincang dengan kerajaan negeri kerana isu bangunan dan perbandaran adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri dan mereka juga harus bertegas,” katanya ketika ditemui selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Hidayah, di sini, hari ini.




No comments: