NAK TANYA SIKIT

 

Ni nak tanya sikit, dgn pelbagai kes jenayah dan tangkapan melibatkan agensi PDRM & SPRM, mengapa tidak ada kenyataan media secara live di media2 utama ?

Jika dahulu ketika Abdul Hamid Bador jadi KPN, setiap isu keselamatan dan siasatan dia akan ke hadapan. Rakyat dengar suaranya di media elektronik dgn agak kerap.

Kami yg berada di sisi kerajaan seketika dan kemudian beralih sbg pembangkang selepas langkah Sheraton ketika itu beranggapan PDRM buat kerja walaupun ada antaranya juga menyusahkan kami sbg pembangkang sebab ikut arahan politik.

Ini dalam pentadbiran baru di bawah tangan sdra Anwar, rakyat lihat ketua polis negara yg ada, mcm tak ada ja. Tiba2 pemberita siap2 buat kenyataan ja, dari tuan empunya badan...yillek!!!

Sebagaimana menteri kerajaan perpaduan yg tidak terlepas dgn kritikan di sini, agensi yg menjalankan "rule of law" juga tidak ada bezanya selagimana berada di ruang lingkup kritikan yg membina.

 

GINO MARVELA


No comments: