MAJLIS PERPADUAN DI PENANG

 

















Perpaduan tidak sekadar slogan, malah ia adalah pasak serta paksi yang menjamin kelangsungan mana-mana tamadun negara bangsa. Di Pulau Pinang, saya saksikan betapa terpaculnya keakraban rakyat antara kaum hadir menyambut Minggu Perpaduan. Terima kasih kepada Menteri Perpaduan serta barisan tenaga serta jentera negeri atas kerjasama dan komitmen yang padu. 


Kepelbagaian ternyata bukan penghalang, tapi merupakan kekuatan yang bersulam prinsip adil dan ihsan. Kita usul serta tekankan prinsip “harmoni dalam kepelbagaian” dan mengaku serta menginsafi cabaran sebenar yang dihadapi oleh semua; Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan, sebagai contoh. Pendekatan kita bukan retorik hasutan, tetapi merupakan penyelesaian yang nyata dan menyeluruh. Perumahan MADANI seperti di Batu Kawan dan inisiatif Teratai MADANI adalah bukti bagaimana pembangunan mampu dilaksana secara terangkum.


Malaysia semakin diyakini di mata dunia, tetapi bukan kerana saya, tetapi atas sebab usaha kolektif seluruh lapisan masyarakat yang menolak kebencian serta memilih kestabilan. Kita buktikan betapa kematangan di kalangan rakyat adalah teras keamanan dan keamanan adalah prasyarat kemasukan serta kemajuan. 


Di majlis yang sama, saya telah mengumumkan peruntukan tambahan segera sebanyak RM10 juta kepada Kementerian Perpaduan bagi memperkasa perpaduan di kalangan rakyat. Kita terus mara ke hadapan bukan dengan cercaan dan maki hamun, tetapi dengan dasar yang adil, tekad yang jelas dan perpaduan yang utuh. 


#MalaysiaMADANI 

#MADANIbekerja

#RancakkanMADANI




No comments: