Mahyiaddin Yasain
Saya telah mengadakan perbincangan bersama ketua-ketua parti blok bukan kerajaan petang ini untuk mendapatkan pandangan mereka mengenai cadangan penubuhan sebuah barisan rentas parti yang akan mengambil pendirian bersama dalam hal-hal yang menyentuh kepentingan rakyat dan negara.
Antara yang hadir ialah YB Datuk Seri Hamzah Zainuddin, Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai, Presiden Parti GERAKAN, Punithan Paramsiven, Presiden Parti Rakyat India Malaysia (MIPP), Dato' Seri Utama Mukhriz Tun Mahathir, Presiden Parti Pejuang Tanahair (PEJUANG), Dato' Paduka Dr. Ibrahim Ali, Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA), S Arutchelvan a/l Subraniam, Timbalan Pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM), YB Amira Aisya, Pemangku Presiden Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Sathiah Sudakaran, Ketua Belia Parti Progresif Penduduk Malaysia (PPP), Haji Zamani Ibrahim, Presiden Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA), Prof. Dr. P Ramasamy, Presiden Bersepakat Hak Rakyat Malaysia (Urimai), P Waytha Moorthy, Presiden Parti Kemajuan Malaysia (MAP),
Penubuhan barisan rentas parti ini bertujuan untuk memperkukuhkan peranan semak dan imbang parti-parti pembangkang di dalam dan di luar Parlimen.
Semua yang hadir telah memberikan maklum balas yang amat positif terhadap cadangan ini.
InsyaAllah, saya akan membawa pandangan-pandangan yang diutarakan dalam pertemuan ini dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi Perikatan Nasional akan datang.
TAN SRI DATO' HAJI MUHYIDDIN MOHD YASSIN
Pengerusi
Perikatan Nasional
18 Julai 2025

No comments:
Post a Comment